Senarai Piagam Pelanggan PKKM KKM

Senarai Piagam Pelanggan bagi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah seperti berikut:

Bil.

Aktiviti

Sasaran

1 Kelulusan Permohonan Skim Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) Sijil dikeluarkan dalam tempoh 17 hari bekerja dari tarikh laporan akhir lengkap diterima.
2 Kelulusan Permohonan Skim Pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) Sijil dikeluarkan dalam tempoh 17 hari bekerja dari tarikh laporan akhir lengkap diterima.
3 Kelulusan Permohonan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) Sijil dikeluarkan dalam tempoh 17 hari bekerja dari tarikh laporan akhir lengkap diterima.
4 Pengiktirafan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) Keputusan Akreditasi Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima permohonan lengkap dari pemohon melalui Jabatan Kesihaan Negeri (JKN)
5 Penilaian Kursus Wajib Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan (LPM) Keputusan penilaian dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja melalui emel selepas kursus selesai
6 Pengiktirafan Tenaga Pengajar Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) Kad pengiktirafan dikeluarkan dalam tempoh 12 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
7 Pengeluaran Sijil Makanan Organik Sijil dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh kelulusan J/K Kelulusan Pensijilan
8 Pengeluaran sijil pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) Sijil dikeluarkan dalan tempoh 14 hari bekerja dari tarikh laporan akhir diterima di JKN
9 Kelulusan Permohonan Pelesenan Punca Air Mineral Semulajadi dan Air Minuman Berbungkus (AMSAMB) Lesen dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
10 Kelulusan Permohonan Pelesenan Penyediaan Ais Bagi Maksud Perdagangan dan Perniagaan Lesen dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima

11

Pengeluaran Sijil Kesihatan Bagi Produk Makanan dan Bahan Bersentuhan Makanan.
(Jumlah TERMASUK Sijil Kesihatan Ikan dan Hasilan Ikan Ke EU dan Sijil Kesihatan Raw Cleaned EBN ke China)

Sijil dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
(bagi produk makanan DENGAN sijil HACCP atau CB diiktiraf KKM)
Sijil dikeluarkan dalam tempoh 19 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
(bagi produk makanan DENGAN sijil HACCP atau CB diiktiraf KKM dan memerlukan persampelan produk akhir)
Sijil dikeluarkan dalam tempoh 19 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
(bagi produk makanan TANPA sijil HACCP atau CB diiktiraf KKM)
12 Pengeluaran Sijil Kesihatan untuk Pengeksportan Hasilan Ikan Ke Kesatuan Eropah (EU) Sijil dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima

13

Pengeluaran Sijil Eksport:
a) Pengeluaran Sijil Eksport Penjualan Bebas
Sijil dikeluarkan dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
b) Sijil Eksport Non-Genetically Modified Food (Non GMF) Sijil dikeluarkan dalam tempoh 19 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima berdasarkan keputusan pensampelan produk akhir
14 Kelulusan KKM Bagi Penyenaraian Fasiliti Makanan Bagi Tujuan Eksport Kelulusan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh laporan verifikasi/audit yang lengkap diterima
15 Kelulusan Pendaftaran Syarikat melalui Sistem FoSIM Import bagi Agen dan Pengimport Kelulusan diberikan bagi permohonan lengkap yang diterima dalam tempoh 1 hari bekerja
16 Kelulusan pengiktirafan makmal swasta untuk perkhidmatan analisis makanan Pengiktirafan makmal swasta (permohonan baharu dan pembaharuan) diproses dalam tempoh 20 hari bekerja dari permohonan lengkap diterima