SERANTA AWAM ATAS TALIAN
Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013.
Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 adalah peraturan yang dibuat di bawah Akta Juruanalisis Makanan 2011 yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia, mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang menjalankan amalan sebagai juruanalisis makanan dan mengawal selia amalan juruanalisis makanan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
PERKARA |
KETERANGAN |
TARIKH TUTUP MAKLUMBALAS |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 1/2020 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Cadangan draf pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah berkaitan:
|
Sebelum 23 Februari 2020 |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 2/2020 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 |
Cadangan draf pindaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 adalah berkaitan Perniagaan Makanan Sediaan di Rumah (Home-based). Pindaan ini dicadangkan bagi menyediakan kawalan dan seterusnya membantu pengusaha perniagaan makanan sediaan di rumah meningkatkan tahap keselamatan makanan, mematuhi perundangan serta meningkatkan daya saing pengusaha makanan | Sebelum 29 Julai 2020 |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 3/2020 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Cadangan draf pindaan ini melibatkan cadangan pindaan penambahan 7 kadar maksimum residu (MRL) di bawah Jadual Keenam Belas Residu Racun Perosak, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. |
Sebelum 12 September 2020. |
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan ini dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab BKKM, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.
BKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan Lampiran A yang disertakan.
Semua maklum balas hendaklah dikemukakan melalui surat bertulis secara rasmi / faks / emel ke alamat di bawah :
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 / Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 |
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 |
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3 62675 Putrajaya, MALAYSIA |
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3 62675 Putrajaya, MALAYSIA |
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 / Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 |
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 |
Puan Zailina Abdul Majid (+603- 8885 0797 atau zailina.am@moh.gov.my) Puan Maria Afiza Omar (+603- 8885 0797 atau maria.afiza@moh.gov.my) Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my) |
Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my) Cik Irma Mohamad Samsi (+603- 8885 0797 atau irma@moh.gov.my ) Puan Hadidawati Mahadi (+603- 8885 0797 atau hadidawati@moh.gov.my) |
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
LAMPIRAN A_seranta awam Bil.2_2020.doc
|
15 Aug 2023 Dokumen Word | 29.00 KB |
|
2 |
LAMPIRAN A_seranta awam Bil.1_2020.doc
|
15 Aug 2023 Dokumen Word | 30.00 KB |
|
3 |
LAMPIRAN A_seranta awam Bil.3_2020.doc
|
15 Aug 2023 Dokumen Word | 29.00 KB |
|
4 |
Seranta Awam atas Talian Bil.2_2020.pdf
|
15 Aug 2023 PDF | 208.61 KB |
|
5 |
Seranta Awam atas Talian Bil.1_2020.pdf
|
15 Aug 2023 PDF | 345.44 KB |
|
6 |
Seranta Awam atas Talian Bil.3_2020.pdf
|
15 Aug 2023 PDF | 307.13 KB |
|