Pihak Kesatuan Eropah (EU) telah membuat notifikasi kepada World Trade Organization (WTO) berhubung penguatkuasaan peraturan-peraturan seperti yang dinyatakan di atas yang akan mula berkuatkuasa pada 21 April 2021 di mana peraturan ini akan turut melibatkan perubahan prosedur pengeksportan produk komposit ke negara berkenaan. 

Menurut Article 2 of Commission Delegated Regulation (EU) 2019/625, produk komposit ditafsirkan sebagai produk yang mengandungi campuran kedua-dua bahan yang berasaskan haiwan dan tumbuhan yang boleh dimakan oleh manusia. Manakala menurut Article 12 of Commission Delegated Regulation (EU) 2019/625, konsainan produk komposit melibatkan HS Codes di bawah headings 1601, 1602, 1603, 1604, 1605, 1901, 1902, 1905, 2004, 2005, 2103, 2104, 2105, 2106 yang mana bahan berasaskan haiwan di dalam produk komposit tersebut perlu dihasilkan di premis pemprosesan di negara EU atau di third country yang mempunyai kelulusan untuk mengeksport ke EU.

Dalam hal ini, kemasukan produk komposit ke EU tidak lagi berdasarkan kepada peratus kandungan bahan berasaskan haiwan, sebaliknya ianya bergantung kepada status penyakit haiwan dan risiko ke atas kesihatan awam yang dikaitkan dengan produk komposit tersebut. Produk komposit dibahagikan kepada tiga (3) kategori yang mana setiap satunya mempunyai keperluan pengeksportan yang berbeza seperti berikut :-

  1. Composite products containing meat products;
  2. Composite products containing dairy products or egg products which have not been processed to become shelf stable; dan
  3. Shelf stable composite products containing only dairy or egg products.

Maklumat lanjut berhubung keperluan pengeksportan yang ditetapkan oleh pihak EU yang melibatkan ketiga-tiga kategori di atas boleh diperolehi dalam Article 162 dan Article 163 of Commission Delegated Regulation (EU) 2020/692.

Ringkasan prosedur pengeksportan produk komposit ke EU ada dinyatakan dalam Decision Tree for the Entry into the European Union of Composite Products (applicable as of 21 April 2021).

Selaras dengan penguatkuasaan peraturan tersebut, pengeksportan produk komposit ke EU perlu menggunakan format Sijil Kesihatan khas mengikut kategori yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Commission Implementing Regulation (EU) 2020/2235 iaitu:-

  1. Article 28 Model animal health/official certificate for the entry into the Union of composit products intended for human consumption
      • Format Sjil Kesihatan yang adalah seperti yang dinyatakan dalam Chapter 50. Ini melibatkan produk komposit yang dinyatakan dalam perenggan 4(i) dan 4(ii) di atas;

  1. Article 30 Model animal health certificate for transit through the Union to a third country either by immediate transit or after storage in the Union of composite products intended for human consumption
      • Format Sjil Kesihatan adalah seperti yang dinyatakan dalam Chapter 52. Ini melibatkan produk komposit yang dinyatakan dalam perenggan 4(i) dan 4(ii) di atas;

  1. Article 33 Model private attestation by the operator for shelf-stable composite products containing processed products of animal origin other than processed meat
      • Format ‘Private Attestation by the operator entering shelf-stable composit products into the union in accordance with Article 14 of Regulation (EU) 2019/625’ adalah seperti yang dinyatakan dalam Annex V. Ini melibatkan produk komposit yang dinyatakan dalam perenggan 4(iii) di atas.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan merujuk kepada maklumat di bawah dan https://Europa.EU/European-union/topics/food-safety_en

  1. Commission delegated regulation (EU) 2019/625 of 4 March 2019 supplementing regulation (EU) 2017/625 of the European parliament and of the council with regard to requirements for the entry into the union of consignments of certain animals and goods intended for human consumption;
  2. Commission delegated regulation (EU) 2020/692 of 30 January 2020 supplementing regulation (EU) 2016/429 of the European parliament and of the council as regards rules for entry into the union, and the movement and handling after entry of consignments of certain animals, germinal products and products of animal origin; dan
  3. Commission implementing regulation (EU) 2020/2235 of 16 December 2020 laying down rules for the application of regulations (EU) 2016/429 and (EU) 2017/625 of the European parliament and of the council as regards model animal health certificates, model official certificates and model animal health/official certificates, for the entry into the union and movements within the union of consignments of certain categories of animals and goods, official certification regarding such certificates and repealing regulation (EC) no 599/2004, implementing regulations (EU) no 636/2014 and (EU) 2019/628, directive 98/68/EC and decisions 2000/572/EC, 2003/779/EC and 2007/240/EC
  4. Decision Tree for the Entry into the EUropean Union of Composite Products (applicable as of 21 April 2021).
No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Specific Export Requirement for Export of Shelf Stable Non Meat Containing Eggs or Milk Products to EU.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 07 Ogos 2025
Saiz: 125.86 KB
PDF
07 Ogos 2025
PDF | 125.86 KB
2
Flow Chart for Listing of Export Establishment for Export of Composite Products to EU.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 07 Ogos 2025
Saiz: 191.20 KB
PDF
07 Ogos 2025
PDF | 191.20 KB
3
EU DECISION 2011 163 August 2022 on EU Approval submitted by Third Country.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 07 Ogos 2025
Saiz: 474.61 KB
PDF
07 Ogos 2025
PDF | 474.61 KB
4
Composite Products Decision Tree Guidance.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 07 Ogos 2025
Saiz: 120.99 KB
PDF
07 Ogos 2025
PDF | 120.99 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader