Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan sistem pre-market approval.
Menyediakan dan mengemaskini garis panduan mengenai keperluan pre-market approval.
Melaksanakan skim jaminan kualiti dan keselamatan makanan bagi membantu industri makanan untuk mengeluarkan produk yang mampu berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Melaksana dan menilai pencapaian skim pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP).
Memberi khidmat nasihat kepada pihak industri mengenai sistem jaminan keselamatan makanan.
Merancang, menjalankan serta memantau dan menilai perkhidmatan makanan yang disediakan.
Mengiktiraf Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM).
Menjalankan aktiviti-aktiviti audit terhadap syarikat yang memohon pensijilan-pensijilan berikut di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Audit Preliminary / Pematuhan / Pembaharuan Sijil terhadap syarikat yang memohon Pensijilan Sistem Hazard Analysis and Critical Control Point.
Audit Pematuhan dan Pembaharuan Sijil terhadap syarikat yang memohon Pensijilan Good Manufacturing Practice