Majlis Keselamatan Makanan Dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK)

Majlis Keselamatan Makanan Kebangsaan (MKMPK) merupakan badan penasihat tertinggi negara mengenai keselamatan makanan dan pemakanan, yang berperanan untuk memperkukuhkan keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan dan memastikan rakyat mencapai taraf pemakanan yang optima melalui kerjasama pelbagai agensi.

Penubuhan MKMPK

MKMPK yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 21 Mac 2001. Mesyuarat kali pertama pada 5 Februari 2002 telah bersetuju agar Majlis Keselamatan Makanan Kebangsaan digabungkan bersama Majlis Pemakanan Kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) menjadi MKMPK.

Tujuan

Memastikan kesihatan semua rakyat terjamin dengan memperkukuhkan keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan di negara ini dan memastikan rakyat negara ini mencapai taraf pemakanan yang optimum.

Terma Rujukan

  • Badan penasihat tertinggi kepada kerajaan dalam segala hal berkaitan keselamatan makanan dan pemakanan;
  • Membentuk dan mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan bagi menghadapi cabaran-cabaran baru dalam keselamatan makanan dan pemakanan tempatan, serantau dan antarabangsa;
  • Membentuk persetujuan kerajaan berhubung dasar keselamatan makanan dan pemakanan dalam sektor makanan dan pemakanan di setiap sector;
  • Membentuk sistem kawalan keselamatan makanan dan pemakanan yang mantap berlandaskan fakta saintifik; dan
  • Memastikan elemen keselamatan makanan dan pemakanan diterapkan dalam program dan dasar semua agensi.

Keanggotaan

Pengerusi : Menteri Kesihatan

Majlis ini dianggotai oleh 22 orang dari agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan seperti berikut  :

  1.  Kementerian Kewangan Malaysia
  2.  Kementerian Kesihatan Malaysia 
  3.  Kementerian Pendidikan Malaysia 
  4.  Kementerian Pendidikan Tinggi
  5.  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan 
  6.  Kementerian Komunikasi
  7.  Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri 
  8.  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
  9.  Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
  10.  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  11.  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  12.  Kementerian Perladangan dan Komoditi
  13.  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  14.  Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam 
  15.  Kementerian Ekonomi
  16.  Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 
  17.  Kementerian Pertanian, Perikana dan Industri Makanan, Sabah 
  18.  Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak
  19.  Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia
  20.  Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
  21.  Persatuan Pemakanan Malaysia
  22.  Persatuan Kajian Obesiti Malaysia

Sekretariat:

Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bersama Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
 

Mesyuarat MKMPK

Sejak penubuhan MKMPK, sebanyak 18 kali mesyuarat telah diadakan seperti berikut:

  • MKMPK-1:    5 Februari 2002
  • MKMPK-2:    3 September 2002
  • MKMPK-3:  14 Julai 2003
  • MKMPK-4:  22 Februari 2005
  • MKMPK-5:    2 Mac 2006
  • MKMPK-6:  10 Disember 2007
  • MKMPK-7:  17 Disember 2008
  • MKMPK-8:  19 Disember 2009
  • MKMPK-9:    8 Disember 2010
  • MKMPK-10:  8 Disember 2011
  • MKMPK-11:  13 Disember 2012
  • MKMPK-12:  11 November 2014
  • MKMPK-13:  14 Disember 2015
  • MKMPK-14:  16 November 2017
  • MKMPK-15:  27 April 2021
  • MKMPK-16:  11 April 2023
  • MKMPK-17:    2 Ogos 2024
  • MKMPK-18:  26 September 2025

MKMPK komited dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat adalah mampan dengan sentiasa memperhalusi aspek keselamatan makanan dan pemakanan. Juga tiada sebarang kompromi dalam aspek keselamatan makanan dan pemakanan yang boleh menjejaskan kesihatan rakyat. Ini sejajar dengan nilai MADANI – Kemampanan, Kesejahteraan dan Daya Cipta.