SERANTA AWAM ATAS TALIAN
Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013.
Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 adalah peraturan yang dibuat di bawah Akta Juruanalisis Makanan 2011 yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia, mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang menjalankan amalan sebagai juruanalisis makanan dan mengawal selia amalan juruanalisis makanan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
PERKARA |
KETERANGAN |
TARIKH TUTUP MAKLUMBALAS |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 1/2021 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah untuk meminda:
|
Sebelum 18 April 2021. |
Seranta Awam Atas Talian Bil 2/2021 bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009 |
Cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan Bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009 adalah untuk meminda:
|
Sebelum 18 Julai 2021 |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 3/2021 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Cadangan pindaan PPM 1985 tersebut adalah untuk meminda: (i) Daftar III Jadual Kelima A Syarat-syarat akuan fungsi nutrien bagi membenarkan akuan fungsi bagi nutrien Palm Tocotrienol Rich Fraction (TRF) dan Potassium; |
Sebelum 18 Julai 2021 |
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan ini dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab BKKM, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.
BKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan Lampiran A yang disertakan.
Semua maklum balas hendaklah dikemukakan melalui surat bertulis secara rasmi / faks / emel ke alamat di bawah :
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009 |
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 |
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3 62675 Putrajaya, MALAYSIA |
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3 62675 Putrajaya, MALAYSIA |
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009 |
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 |
Puan Zailina Abdul Majid (+603- 8885 0797 atau zailina.am@moh.gov.my) Puan Shazlina Zaini (+603- 8885 0797 atau shazlina@moh.gov.my) Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my) Puan Siti Jubaidah Mohamad(+603- 8885 0797 atau siti.jubaidah@moh.gov.my) |
Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my) Cik Irma Mohamad Samsi (+603- 8885 0797 atau irma@moh.gov.my ) Puan Hadidawati Mahadi (+603- 8885 0797 atau hadidawati@moh.gov.my) |
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
Cadangan Pindaan Bagi Seranta Awam Bil 1 2021.pdf
|
15 Aug 2023 PDF | 132.10 KB |
|
2 |
LAMPIRAN A_Seranta Awam Bil.1_2021.doc
|
15 Aug 2023 Dokumen Word | 30.50 KB |
|
3 |
Cadangan Pindaan Bagi Seranta Awam Atas Talian Bil 3.2021.pdf
|
15 Aug 2023 PDF | 231.61 KB |
|
4 |
LAMPIRAN A_Seranta Awam Bil.2_2021.doc
|
15 Aug 2023 Dokumen Word | 31.50 KB |
|
5 |
Cadangan Pindaan Bagi Seranta Awam Bil 2 2021.pdf
|
15 Aug 2023 PDF | 131.11 KB |
|
6 |
LAMPIRAN A_Seranta Awam Bil.3_2021.doc
|
15 Aug 2023 Dokumen Word | 31.00 KB |
|