(Artikel disediakan sempena World Antimicrobial Awareness Week, 18-24 November 2024)
Ani Fadhlina binti Mustaffa, Norzitah binti Abu Khair dan Zailina binti Abdul Majid
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
APA ITU ANTIMICROBIAL RESISTANCE (AMR)?
Antimicrobial resistant (AMR) atau kerintangan antimikrob adalah salah satu ancaman terbesar secara global dalam bidang kesihatan terutama dalam kawalan penyakit, sekuriti makanan dan pembangunan negara. AMR adalah keupayaan mikroorganisma seperti bakteria, virus, fungi, dan parasit untuk menahan atau melawan kesan ubat-ubatan (seperti antibiotik, antivirus, antifungus) yang biasanya digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma tersebut. AMR berlaku apabila bakteria (atau mikroorganisma lain) mengalami perubahan genetik atau penyesuaian yang membolehkan mereka bertahan daripada serangan antibiotik atau ubat lain yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhannya dan menyebabkan pesakit sukar dirawat.
Bakteria yang menunjukkan ciri-ciri AMR ini merupakan bakteria kebal atau dikenali sebagai superbug. Bakteria kebal ini boleh hadir dalam manusia, haiwan, makanan dan juga persekitaran seperti air dan tanah. Bakteria kebal boleh merebak melalui beberapa cara termasuklah jangkitan antara individu, pengambilan makanan atau minuman tercemar dengan bakteria kebal, pendedahan kepada persekitaran yang tercemar serta pengambilan makanan berasaskan haiwan ternakan yang mengandungi residu antibiotik yang tinggi.
BAGAIMANA AMR BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA KESELAMATAN MAKANAN?
Bakteria kebal yang hadir dalam makanan boleh membawa kepada jangkitan yang lebih sukar dirawat, terutamanya kerana bakteria tersebut mungkin kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan. Bakteria kebal hidup dalam haiwan ternakan seperti lembu, kambing, ayam, khinzir dan ikan. Bakteria kebal yang terdapat dalam usus haiwan boleh merebak melalui rantaian makanan. Apabila haiwan tersebut disembelih, daging dan produknya boleh dicemari oleh bakteria tersebut. Bakteria kebal ini juga boleh memasuki rantaian makanan melalui pencemaran najis haiwan ke dalam tanah atau air, dan merebak ke tumbuhan dan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau hasil lain yang menggunakan air yang tercemar. Orang ramai turut boleh terdedah kepada bakteria kebal apabila mereka mengambil makanan yang tercemar tanpa dimasak dengan sempurna, menyediakan makanan dengan amalan kebersihan makanan yang kurang baik, atau terkena najis haiwan.
Rajah 1: Bagaimana bakteria kebal boleh mencemari makanan
Makanan sedia dimakan seperti salad tripled wash, ulam-ulaman dan buah potong serta makanan yang memerlukan penyediaan selepas masak seperti sushi dan roti sandwich juga berisiko berlakunya pencemaran silang yang secara tidak langsung menjadi ejen penyebaran bakteria kebal dalam makanan sekiranya tidak dikendalikan dengan betul semasa proses penyediaan makanan tersebut. Antara amalan pengendali makanan atau pengeluar makanan terutama di premis penjualan makanan yang boleh menyebabkan penyebaran bakteria kebal adalah seperti berikut:
Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun 2017 hingga kini ke atas bakteria kebal E.coli dan Salmonella dalam makanan yang dijual di pasaran tempatan (Rajah 2), AMR juga boleh memberi kesan kepada keselamatan makanan.
Rajah 2:
Ringkasan pemantauan yang dijalankan oleh KKM sejak tahun 2017 hingga kini ke atas bakteria kebal E.coli dan Salmonella dalam makanan yang dijual di pasaran tempatan
Rajah 3: Peratus kerintangan bakteria E.coli yang dikesan dalam sampel makanan terhadap antibiotik bagi tahun 2023
Rajah 4: Peratus kerintangan bakteria Salmonella yang dikesan dalam sampel makanan terhadap antibiotik bagi tahun 2023
BAGAIMANA MENCEGAH DAN MENGURANGKAN RISIKO BAKTERIA KEBAL MENCEMARI MAKANAN?
Pencegahan bakteria kebal dalam makanan adalah satu cabaran yang penting dalam memastikan keselamatan makanan yang merupakan tanggungjawab bersama dari semua pihak iaitu kerajaan, industri makanan, petani, pengeluar dan pengguna. Ini kerana AMR yang berkaitan dengan makanan boleh memberi kesan langsung kepada kesihatan awam, dan tidak boleh diatasi oleh mana-mana pihak secara bersendirian. Setiap pihak memainkan peranan penting dalam mengurangkan penyebaran bakteria kebal dan memastikan makanan yang selamat untuk dimakan oleh masyarakat. Bagi memperkukuhkan intervensi mengurangkan risiko AMR dalam makanan, aktiviti kesedaran dan promosi serta pendidikan terhadap kebersihan premis dan pengendalian makanan perlu diperkasakan. Program pengawasan dan pemantauan AMR yang berkesan dalam pengeluaran dan rangkaian bekalan makanan juga perlu diperkukuhkan.
Di Malaysia, Pelan Tindakan Kerintangan Antimikrobial Kebangsaan (MyAP-AMR) telah dibangunkan yang kini telah memasuki fasa kedua (2022-2026) dengan menggunakan pendekatan one health bagi menangani dan mencegah AMR yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta pihak berkepentingan lain. Kolaborasi dengan pihak organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) turut diperkasakan bagi menangani AMR secara global, terutamanya dengan berkongsi data dan amalan terbaik untuk menangani bakteria kebal dalam makanan.
Pengusaha makanan, termasuk pengilang, penternak, dan industri pemprosesan makanan, bertanggungjawab memainkan peranan besar dalam mencegah penyebaran AMR melalui amalan pengendalian makanan yang selamat. Di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) seperti Pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) serta Modul Latihan Pengendali Makanan yang diwujudkan dapat membantu pengusaha-pengusaha makanan memahami dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dalam menghasilkan makanan yang selamat dan mengekalkan premis yang bersih dan seterusnya mencegah penyebaran bakteria kebal.
Sebagai pengendali makanan termasuk orang ramai yang menyediakan makanan di rumah, kesedaran berkaitan amalan lima kunci keselamatan makanan perlu dibudayakan dan tidak boleh dipandang enteng bagi mencegah dan mengurangkan risiko pencemaran bakteria kebal dalam makanan. Amalan lima kunci keselamatan makanan yang perlu dibudayakan adalah seperti berikut: