Pengenalan
Pensijilan Trust MyCatering merupakan satu mekanisma kawalan keselamatan makanan yang komprehensif bagi industri katering untuk memastikan pematuhan kepada keperluan keselamatan dan kualiti makanan. Ini adalah bagi menangani isu keracunan makanan melibatkan industri katering secara lebih proaktif.
Pensijilan ini juga merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pengusaha katering yang komited dalam menghasilkan makanan yang selamat. Bimbingan secara berterusan akan diberikan kepada pengusaha catering yang memohon pensijilan ini.
Objektif
Pensijilan Trust MyCatering diwujudkan bagi mengiktiraf pengusaha katering yang menyumbang kepada perkembangan industri makanan negara serta mewujudkan persaingan sihat untuk industri katering makanan menghasilkan makanan yang selamat. Permohonan untuk mendapatkan pensijilan ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha katering makanan mengikut kategori berikut iaitu skala kecil dan sederhana serta mass katering:
|
Kategori |
Bilangan Pekerja |
Skala Tempahan |
|---|---|---|
|
Kecil |
<10 orang |
<100 pax |
|
Sederhana |
11-20 orang |
<500 pax |
|
Mass |
>20 orang |
>500 pax |
Pensijilan ini akan dijadikan jenama nasional dan diangkat menjadi satu trend di kalangan industri dan pengguna sekaligus melonjakkan permintaan terhadap makanan yang selamat di dalam industri ini. Melalui pensijilan ini, promosi dan peluang kebolehpasaran produk makanan katering dapat ditingkatkan.
Dalam pada itu Garis Panduan Trust MyCatering disediakan bagi membantu pengusaha katering makanan meningkatkan tahap keselamatan makanan yang sedia ada atau baru dilaksanakan serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap makanan yang dihasilkan dan mengelakkan kejadian keracunan makanan.
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
|---|---|---|---|
1 |
Senarai Pemegang Sijil Trust MyCatering (Kemaskini 29 Januari 2026)
|
29 Jan 2026 PDF | 1.08 MB |
|
2 |
Senarai Semak Borang Permohonan Trust MyCatering
|
23 Jan 2026 PDF | 76.87 KB |
|
3 |
Borang Permohonan Pensijilan Trust MyCatering
|
23 Jan 2026 PDF | 101.13 KB |
|
4 |
Senarai Semak Keselamatan Makanan (Katering Kecil dan Sederhana)
|
23 Jan 2026 PDF | 147.08 KB |
|
5 |
Senarai Semak Keselamatan Makanan (Mass Katering)
|
23 Jan 2026 PDF | 165.86 KB |
|
6 |
Rekod Kepuasan Pelanggan
|
23 Jan 2026 PDF | 41.69 KB |
|
7 |
Garis Panduan Pensijilan Trust MyCatering (Skala Kecil dan Sederhana)
|
23 Jan 2026 PDF | 1.34 MB |
|
8 |
Garis Panduan Pensijilan Trust MyCatering (Mass Catering)
|
23 Jan 2026 PDF | 1.52 MB |
|
9 |
Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan Pensijilan Trust MyCatering (Mass Katering)
|
21 Feb 2024 PDF | 1.05 MB |
|