Pengukuhan dasar dan perundangan keselamatan dan kualiti makanan;
Pengukuhan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan ke atas makanan import, domestik dan premis makanan bagi memastikan kepatuhan terhadap perundangan makanan negara;
Pengukuhan kawalan makanan eksport;
Pemantapan intervensi dalam menangani isu dan cabaran keselamatan makanan;
Penggunaan sains dan teknologi baharu dalam penghasilan maklumat keselamatan dan kualiti makanan berasaskan bukti saintifik;
Pemerkasaan keupayaan komunikasi dan pendidikan berhubung keselamatan dan kualiti makanan;
Pemerkasaan industri makanan dan pengguna dalam pembudayaan keselamatan dan kualiti makanan; dan
Pemantapan kolaborasi dengan semua pemegang taruh di dalam dan luar negara bagi melindungi kepentingan negara berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.