Pematuhan Domestik

  • Merancang, mengkaji dan menyelaras aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983, Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan peraturan-peraturan di bawahnya
  • Menguruskan isu-isu keselamatan makanan di peringkat domestik.
  • Memantau tahap pematuhan kepada standard dan pelabelan bagi makanan domestik
  • Memantau tahap kebersihan premis makanan
  • Merancang menyelaras dan menilai aktiviti penguatkuasaan makanan di peringkat domestik.
  • Menyediakan garis panduan dan prosedur penguatkuasaan domestik

Aktiviti Utama Cawangan Pematuhan Domestik

Aktiviti utama Cawangan Pematuhan Domestik adalah:

Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan

Pemeriksaan premis makanan merupakan satu aktiviti rutin bagi memastikan tahap kebersihan premis berada pada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin. Sejajar dengan pewartaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua premis makanan diwajibkan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian (fosim.moh.gov.my) atau di mana-mana Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.

Pensampelan Makanan

Pensampelan Makanan dijalankan bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual di Malaysia adalah selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pensampelan makanan dibahagikan mengikut parameter analisis seperti berikut:

  • Mikrobiologi
  • Kimia
  • Fizikal
  • Bioteknologi
  • Radioaktif

Pendaftaran Premis Makanan

Seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, premis makanan wajib didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Empat (4) kategori pengkelasan adalah seperti berikut:

  • P1 – Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan
  • P2 – Semua premis makanan yang terlibat di dalam katering dan katering makanan besar-besaran,
  • P3 – “Outlet” makanan seperti restoran, gerai, warung, kantin dan sebagainya di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan
  • P4 – Semua kenderaan yang digunakan untuk menjual makanan sedia dimakan.

Pendaftaran premis makanan tersebut perlu dilakukan oleh pemilik premis melalui aplikasi atas talian yang beralamat di fosim.moh.gov.my Tempoh sah bagi sesuatu pendaftaran premis ialah selama tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Apabila tamat tempoh, pendaftaran premis perlu diperbaharui bagi membolehkan aktiviti penjualan makanan dijalankan.

Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk memperbaharui pendaftaran premisnya dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.

Lain-Lain Aktiviti

  • Penyelarasan Operasi Keselamatan Makanan
  • Pengurusan Krisis Makanan
  • Arahan Penarikan Balik Produk Makanan yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dari pasaran tempatan
  • Penguatkuasaan ke atas Label dan Iklan Makanan Yang Tidak Mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya
  • Penguatkuasaan Akta Juruanalisis  Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013
  • Siasatan dan Risikan 
  • Penyelarasan Siasatan dan Laporan Aduan Berkaitan Premis Makanan dan Produk Makanan di Pasaran Domestik