Sijil Eksport

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan tiga jenis sijil eksport bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport. Tiga jenis sijil eksport yang ditawarkan adalah :

  1. Sijil Kesihatan bagi produk makanan dan bahan bersentuhan makanan. Tujuan Sijil Kesihatan adalah untuk memastikan produk makanan dan bahan bersentuhan makanan mematuhi keperluan negara pengimport.
  2. Sijil Eksport Penjualan Bebas bagi produk makanan. Tujuan Sijil Eksport Penjualan Bebas adalah untuk mengesahkan makanan yang akan dieksport boleh dijual secara bebas di Malaysia dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  3. Sijil Non-Genetically Modified Food (Non-GMF). Tujuan Sijil Non-Genetically Modified Food (Non-GMF) adalah bagi memastikan produk makanan tidak mengandungi kandungan genetik terubahsuai dan mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport.

Pengeluaran sijil eksport dapat memberi jaminan bahawa produk makanan yang dieksport dari Malaysia adalah selamat dan ini sekaligus dapat meningkatkan permintaan eksport produk makanan dari pelbagai negara.