PENGENALAN
Garis panduan ini disediakan sebagai tambahan kepada Garis panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dan Garis panduan Penyediaan Makanan Bersih dan Selamat di Kantin dan Dapur Asrama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Garis panduan ini mengariskan keperluan tambahan kawalan keselamatan makanan disediakan kepada murid di sekolah. Pengabaian langkah kawalan keselamatan makanan ke atas pengendalian makanan boleh menyumbang kepada kejadian keracunan makanan.
SKOP
Garis panduan ini boleh digunapakai oleh pihak pengurusan sekolah, pengusaha makanan dan murid sekolah.
OBJEKTIF
a) Memastikan makanan yang disediakan di kantin dan dapur asrama adalah bersih dan selamat.
b) Memastikan pengendali makanan mematuhi perundangan makanan dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.
c) Meningkatkan tahap pengetahuan dan amalan pihak pengurusan sekolah, pengusaha makanan dan murid mengenai pengendalian makanan yang selamat bagi mengelakkan berlakunya kejadian keracunan makanan.
d) Memastikan segala SOP dipatuhi bagi membendung penularan wabak COVID-19