Garis Panduan Keselamatan Makanan Home-Based

PENGENALAN

Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food) ini disediakan khusus sebagai panduan kepada semua pengusaha makanan yang menyediakan makanan di rumah untuk tujuan jualan. 

Amalan kebersihan makanan yang baik adalah amat penting untuk diamalkan oleh setiap pengusaha dan pengendali makanan.  Elemen asas kebersihan dan kawalan dalam penyediaan makanan melibatkan fasiliti dan persekitaran, pemilihan bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, pelabelan dan pengedaran makanan perlu dilaksanakan dengan berkesan.

 

OBJEKTIF

Garis panduan ini dibangunkan bagi mencapai objektif berikut:

a. Memastikan penyediaan makanan sediaan di rumah (home-based food) bagi tujuan jualan memenuhi keperluan amalan kebersihan dan keselamatan makanan.

b. Menjamin makanan sediaan di rumah (home-based food) tidak tercemar dan menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan.

c. Menyediakan satu panduan kebersihan dan keselamatan bagi makanan sediaan di rumah (home-based food) secara selamat.

Garis panduan ini juga merupakan rujukan utama kepada Penyenaraian Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food).

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MAKANAN HOMEBASED FINAL 19 MAC 2021.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 15 Feb 2024
Saiz: 33.10 MB
PDF
15 Feb 2024
PDF | 33.10 MB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader