Program penyenaraian premis pemprosesan makanan/ pengeksport merupakan salah satu aktiviti di bawah kawalan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan secara bilateral di antara Malaysia dan negara pengimport antaranya seperti Amerika Syarikat, China dan Singapura.
Bagi tujuan pengeksportan makanan ke negara pengimport, pihak premis pemprosesan/pengeksport perlu mengetahui dan mematuhi semua keperluan yang ditetapkan. Program penyenaraian ini merupakan salah satu keperluan negara pengimport dan dalam hal ini, ia hanya melibatkan negara serta komoditi tertentu sahaja.
Permohonan bagi penyenaraian premis pemprosesan makanan/ pengeksport boleh dibuat secara atas talian di https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home mengikut syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan di dalam Compliance Listing and Verification Protocol for Export of Food Products.
Program penyenaraian di bawah kawalan rasmi KKM adalah seperti berikut:
BIL |
PENYENARAIAN PREMIS PEMPROSESAN MAKANAN/PENGEKSPORT |
NEGARA |
PIHAK TERLIBAT |
---|---|---|---|
1. |
Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah (EU) |
Kesatuan Eropah |
Premis pemprosesan, kenderaan pengangkutan, sumber ais, stor sejuk beku, sumber bahan mentah import, dan premis bahan mentah separa proses |
2. |
Ikan dan Hasilan Ikan ke China |
China |
Premis pemprosesan, cold storage |
3. |
Ikan dan Hasilan Ikan ke Vietnam |
Vietnam |
Premis pemprosesan |
4. |
Udang Akuakultur ke Amerika Syarikat (US) |
Amerika Syarikat |
Premis pemprosesan, middleman, trader |
5. |
Susu dan hasilan susu ke China |
China |
Premis pemprosesan |
6. |
Raw cleaned edible bird’s nest ke China |
China |
Premis pemprosesan |
7. |
Durian dan produk durian sejuk beku (paste/pulp/ whole durian) ke China |
China |
Premis pemprosesan |
8. |
Daging dan hasilan daging ke Vietnam |
Vietnam |
Premis pemprosesan |
9. |
Penyenaraian premis makanan Enhanced Regulated Source Programme (ERSP) ke Singapura |
Singapura |
Premis pemprosesan, trader |
10. |
Penyenaraian premis makanan di proses minima (Minimally Processed) |
Singapura |
Premis pemprosesan, trader |
11. | Penyenaraian premis makanan bagi hasilan segar (Fresh Produce) | Singapura |
Premis pemprosesan, trader |
12. | Ikan dan Hasilan Ikan ke Arab Saudi | Arab Saudi |
Premis pemprosesan |
13. | Hasilan Tenusu dan Telur | Korea Selatan |
Premis pemprosesan |
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
Compliance Listing and Verification Protocol.pdf
|
24 May 2024 PDF | 5.39 MB |
|