SERANTA AWAM ATAS TALIAN BAGI DRAF PINDAAN PERATURAN-PERATURAN DI BAWAH AKTA MAKANAN 1983
Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas peraturan-peraturan di bawah Akta Makanan 1983.
|
Perkara |
Keterangan |
Tarikh tutup maklum balas |
|
Seranta Awam Atas Talian Bil 1/2026 bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan di bawah Akta Makanan 1983 |
Cadangan pindaan melibatkan:
Maklum balas boleh diisi di pautan berikut: https://forms.gle/TbtpfnvBdw6CjrB46
|
22 Mac 2026 |
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan peraturan dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.
Sehubungan dengan itu PKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan pautan link yang disertakan di atas sebelum tarikh tutup.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Faridah Malik Shari (+603- 8885 0797 atau faridahms@moh.gov.my )
Puan Shazlina Mohd Zaini (+603- 8885 0797 atau shazlina@moh.gov.my)
Puan Hadidawati Mahadi (+603- 8885 0797 atau hadidawati@moh.gov.my)
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
|---|---|---|---|
1 |
Draf pindaan seranta awam atas talian Bil.1/2026
|
23 Feb 2026 PDF | 178.59 KB |
|