Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan

Pengenalan

Perkhidmatan permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan ini ditawarkan kepada industri yang memerlukan khidmat nasihat pelabelan secara pilihan (tidak mandatori).

Khidmat Nasihat Pelabelan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya pihak industri dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang perlu dipatuhi pada label produk makanan.

Khidmat Nasihat Pelabelan bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak industri mengenai kesalahan secara terperinci pada label makanan.

Pelaksanaan Permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan

Permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan perlu dihantar secara atas talian melalui laman web https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home  

Setiap permohonan semakan label perlu dilampirkan dengan maklumat seperti berikut:

  • Senarai ramuan termasuk air mengikut peratus dan fungsi bagi setiap ramuan
  • Surat pengkelasan produk daripada BPFK (untuk produk Food Drug Interface sahaja) [Jika perlu]
  • Carta alir pemprosesan, standard makanan produk di negara asal (untuk makanan diimport) [Jika perlu]
  • Sijil analisis produk, label sebenar produk/label yang dicadangkan
  • 1 sampel produk untuk rujukan, sijil jualan bebas daripada negara asal (sekiranya produk diimport dan salinan sijil-sijil jika berkaitan)

Caj sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap label dikenakan bagi permohonan tersebut dan piagam pelanggan adalah selama 14 hari dari tarikh lengkap permohonan diterima.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sistem FOSIM. Hanya permohonan yang telah memenuhi keperluan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan mendapat keputusan LABEL PATUH sahaja akan mendapat ‘surat tiada halangan’ daripada PKKM.

Surat tersebut akan diemelkan kepada pemohon dan akan dihantar sama ada melalui pos atau pemohon boleh mengambilnya sendiri di pejabat PKKM.

Faedah Permohonan Khidmat Nasihat Label

  • Melalui perkhidmatan ini, pihak industri akan dimaklumkan secara terperinci mengenai kesalahan pelabelan jika ada.
  • Label produk makanan yang telah mendapat kelulusan boleh dijual dengan selamat dipasaran.
  • Pemohon dapat memastikan label produk makanan yang dijual mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pn. Nor Azmina binti Mamat@Muhammad di talian 03-88850797 sambungan 4048 atau emel ke norazmina@moh.gov.my 
Pn. Siti Nurnajwa binti Abdul Rahman di talian 03-88850797 sambungan 4283 atau emel ke nurnajwa.ar@moh.gov.my