Program Germ Buster merupakan satu inisiatif pelaksanaan aktiviti promosi yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani isu kebersihan dan keselamatan khususnya keracunan makanan. Program ini bermula pada tahun 2007 dengan tagline “Tanpa Kuman, Makanan Selamat” dan dijalankan secara berterusan oleh pihak negeri untuk dilaksanakan di peringkat sekolah. Pada tahun 2010, tagline “Lihat, Hidu dan Rasa” telah diguna untuk menggantikan tagline sedia ada kerana ianya lebih mudah dipraktikkan dan diingati.
Kini skop pelaksanaan program ini telah diperluaskan ke semua peringkat di dalam komuniti dengan tujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. Ia juga sebagai langkah-langkah kawalan (preventive measures) untuk mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan.
Bagi merealisasikan pelaksanaan program ini, setiap negeri dibekalkan dengan kenderaan Germ Buster. Kenderaan ini menggunakan pendekatan infotainment yang dilengkapi dengan kemudahan peralatan seperti sinki cuci tangan, bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk kumpulan sasar.
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
Modul Germ Buster
|
24 Jul 2024 PDF | 9.83 MB |
|
2 |
Modul Permainan Germ Buster
|
24 Jul 2024 PDF | 2.52 MB |
|