Pengenalan
Pengiktirafan BeSS diberikan kepada premis makanan yang telah telah dinilai bersih oleh KKM dan sebagai penghargaan kepada pengusaha sekaligus menggalakkan mereka mengutamakan penyedian makanan selamat dan sentiasa mengekalkan persekitaran premis yang bersih kepada pelanggan. Daripada perspektif pengguna selaku pelanggan, pengiktirafan ini juga memberikan pilihan dan keyakinan kepada mereka dalam menentukan premis makanan yang bersih dan selamat berdasarkan logo BeSS yang dipaparkan oleh pihak premis yang telah diiktiraf.
Objektif
Garis panduan ini disediakan bagi membantu pengusaha premis makanan memenuhi keperluan bagi pengiktirafan BeSS
Skop
Garis panduan ini boleh digunakan oleh pengusaha premis makanan di Malaysia bagi mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan BeSS
Proses Permohonan
Pengusaha premis makanan perlu membuat permohonan BeSS secara atas talian melalui laman web https://fosim.moh.gov.my
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
Garis Panduan Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS), Edisi 2024
|
28 Jan 2024 PDF | 234.10 KB |
|