Air Minuman Berbungkus (AMB) & Air Mineral Semulajadi (AMS)

Garis Panduan Permohonan Lesen Untuk Mengambil Air Minuman Berbungkus (AMB) dan Air Mineral Semulajadi (AMS) Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan

Garis Panduan ini merupakan panduan kepada pengusaha untuk membuat permohonan lesen punca AMB & AMS.

Prosedur Semakan Label Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi

Pengusaha air minuman berbungkus (AMB) dan air mineral semulajadi (AMS) bertanggungjawab dalam memastikan label produk AMB dan AMS mematuhi keperluan perundangan dalam aspek pelabelan seperti yang ditetapkan.

Bagi tujuan tersebut, terdapat dua (2) jenis kelulusan label AMB dan AMS iaitu:

  • Kelulusan ke atas label yang dimohon semasa permohonan lesen AMB/AMS.
  • Kelulusan ke atas penambahan label jenama baru atau perubahan label yang dimohon selepas mendapat kelulusan lesen AMB/AMS.

Contoh Manual Kawalan Keselamatan Air Minuman Berbungkus / Air Mineral Semulajadi (AMB/AMS):
Contoh manual ini merupakan panduan kepada pemohon untuk membangunkan manual kawalan keselamatan AMB/AMS.

Permohonan Melalui Sistem Atas Talian (Online):
Pemohon Lesen AMB/AMS perlu mendaftar di laman web FoSIM (http://fosim.moh.gov.my) untuk mendapatkan ID pengguna bagi membuat permohonan lesen. Pemohon hendaklah membuat pendaftaran premis dibawah kategori P1: Premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan di dalam sistem FoSIM Domestik. 

Pemohon boleh merujuk Manual Penggunaan di dalam sistem FoSIM untuk membuat permohonan secara atas talian (online).

Pemantauan Sendiri

Bermula 15 Mac 2021, semua syarikat akan menerima notifikasi untuk menjalankan pemantauan sendiri sebagai syarat pemegang lesen melalui sistem FoSIM. Pihak syarikat dikehendaki sentiasa mengemaskini semua data pemantauan sendiri di dalam sistem FoSIM.

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Garis Panduan Permohonan Lesen Air Minuman Berbungkus Dan Air Mineral Semulajadi (Tempatan) Pindaan 2023
Tarikh Dimuat-naik: 01 Jan 2024
Saiz: 1,006.48 KB
PDF
01 Jan 2024
PDF | 1,006.48 KB
2
Borang Semakan Label AMBAMS Pindaan 2023
Tarikh Dimuat-naik: 01 Jan 2024
Saiz: 99.35 KB
PDF
01 Jan 2024
PDF | 99.35 KB
3
Senarai Semak Label AMBAMS Pindaan 2023
Tarikh Dimuat-naik: 01 Jan 2024
Saiz: 443.50 KB
PDF
01 Jan 2024
PDF | 443.50 KB
4
Garis Panduan Permohonan Lesen AMB/AMS (Import) Pindaan 2023
Tarikh Dimuat-naik: 06 Feb 2024
Saiz: 1.25 MB
PDF
06 Feb 2024
PDF | 1.25 MB
5
LAMPIRAN 4 - Senarai makmal yang diiktiraf KKM (tarikh kemaskini 13 Januari 2025).pdf
Tarikh Dimuat-naik: 14 Jan 2025
Saiz: 99.99 KB
PDF
14 Jan 2025
PDF | 99.99 KB
6
Senarai Pemegang Lesen AMB_new2024_website_1.8.2024.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 21 Aug 2024
Saiz: 409.96 KB
PDF
21 Aug 2024
PDF | 409.96 KB
7
Senarai Pemegang Lesen AMS_new2024_website.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 21 Aug 2024
Saiz: 199.64 KB
PDF
21 Aug 2024
PDF | 199.64 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader