Garis Panduan Analisis Makanan Bagi Makmal Swasta

MULAI 1 JANUARI 2020

PENGENALAN

Perkhidmatan analisis makanan merupakan salah satu komponen penting dalam Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Skop analisis makanan adalah tertakluk kepada jenis ujian mengikut bidang seperti kimia, mikrobiologi, genetically modified organism (GMO) dan asid nukleik, Food Contact Material (FCM) serta analisis fizikal berdasarkan Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia). Pematuhan kepada keperluan yang dinyatakan di dalam garis panduan ini adalah bagi memastikan keputusan analisis yang dikeluarkan adalah tepat dan boleh dipercayai.

Tujuan Garis Panduan ini diwujudkan adalah bagi menyediakan satu rujukan khas dan seragam dalam memberikan perkhidmatan analisis makanan mengikut keperluan yang ditetapkan. Garis panduan ini perlu dibaca bersama-sama dengan kriteria akreditasi yang ditetapkan di bawah SAMM. Bagi tujuan ini, dokumen versi terkini di bawah MS ISO/IEC 17025:2017 adalah tergunapakai.

Garis panduan ini perlu dipatuhi oleh makmal yang mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalankan pengujian makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 untuk tujuan pengeluaran Sijil Kesihatan, verifikasi produk makanan, pengesahan program jaminan keselamatan makanan dan lain-lain. Selain itu, ianya juga perlu dipatuhi oleh makmal yang berhasrat mendapatkan pengiktirafan KKM bagi tujuan yang sama.

SKOP

Garis panduan ini terpakai kepada semua makmal swasta yang diiktiraf oleh KKM termasuk makmal IPTA yang menjalankan analisis sampel makanan termasuk ujian fizikal dan Food Contact Material (FCM).  

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
GP MAKMAL ANALISIS MAKANAN BAGI MAKMAL SWASTA.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 10 Sep 2024
Saiz: 512.81 KB
PDF
10 Sep 2024
PDF | 512.81 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader