Sistem HACCP merupakan satu sistem kawalan risiko yang boleh digunakan bagi mengelakkan bahaya dari aspek keselamatan makanan. Sistem HACCP bersifat proaktif dan bertujuan mengambil semua langkah pencegahan yang perlu bagi mengelakkan berlakunya masalah daripada risiko yang dikenalpasti.
Prosedur ini menerangkan maklumat yang perlu diperolehi oleh UKKM/BKKM dalam penyiasatan kejadian keracunan makanan. Faktor risiko akan dikenalpasti dengan menggunakan konsep HACCP, di semua peringkat penyediaan makanan iaitu dari peringkat penerimaan bahan mentah sehingga penghidangan makanan.
Prosedur ini disediakan untuk memberi panduan kepada UKKM/BKKM dalam menjalankan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian keracunan makanan berdasarkan konsep HACCP dan faktor risiko yang dikenalpasti sepanjang penyediaan makanan.
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
GP Penyiasatan Keracunan Makanan Berdasarkan Konsep HACCP (Pindaan Oktober).pdf
|
08 Nov 2024 PDF | 277.90 KB |
|