Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan (PTKMK) 2024-2030 merupakan langkah-langkah tindakan kawalan keselamatan makanan negara yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat dan objektif Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan (DKMK) 2.0.
PTKMK 2024 -2030 dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan dengan penglibatan semua pihak berkepentingan berkaitan keselamatan makanan di bawah Jawatankuasa Induk Keselamatan Makanan termasuk kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan, akademia, badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan.
Pelan ini dirangka dengan mengambil kira situasi semasa keselamatan makanan negara serta perkembangan dasar dan strategi keselamatan makanan di peringkat negara, serantau dan antarabangsa. Berdasarkan DKMK 2.0 yang menetapkan 5 teras strategik, PTKMK 2024 -2030 merangkumi 17 strategi utama serta 3 strategi sokongan dengan indikator-indikator yang akan dicapai menjelang tahun 2030.
Pencapaian keseluruhan PTKMK 2024-2030 akan disemak semula bagi pertengahan pelaksanaan pelan ini. Manakala penilaian keseluruhan akan dibuat pada akhir pelaksanaan bagi penyediaan pelan tindakan untuk tempoh yang akan datang.
Muat turun Pelan Tindakan Keselamatan Makanan 2024-2030:
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
|---|---|---|---|
1 |
PTKM_29092025.pdf
|
29 Sep 2025 PDF | 5.05 MB |
|