MeSTI

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan. Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, PJKM sedia ada agak sukar untuk diperolehi oleh premis pengilangan makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan suatu skim yang mudah untuk diperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Skim Pensijilan MeSTI adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Melalui pensijilan MeSTI, premis pengilangan makanan akan dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan.

Permohonan MeSTI boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut: https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home

Manakala pemegang Sijil MeSTI boleh disemak di Akses Awam pada pautan https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home

Muat turun maklumat lanjut berkenaan MeSTI di bawah:

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Spesifikasi Logo MeSTI
Tarikh Dimuat-naik: 18 Apr 2023
Saiz: 349.08 KB
PDF
18 Apr 2023
PDF | 349.08 KB
2
Senarai Semak Elemen
Tarikh Dimuat-naik: 18 Apr 2023
Saiz: 595.15 KB
PDF
18 Apr 2023
PDF | 595.15 KB
3
Garis Panduan (Versi English) Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).pdf
Tarikh Dimuat-naik: 16 Aug 2023
Saiz: 2.13 MB
PDF
16 Aug 2023
PDF | 2.13 MB
4
Garis Panduan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Edisi 2016.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 16 Aug 2023
Saiz: 5.00 MB
PDF
16 Aug 2023
PDF | 5.00 MB
5
Manual Pensijilan MeSTI melalui Sistem FoSIM (Pemohon).zip
Tarikh Dimuat-naik: 16 Aug 2023
Saiz: 7.31 MB
16 Aug 2023
| 7.31 MB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader