SERANTA AWAM ATAS TALIAN 2022
Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan Peraturan dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab BKKM, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.
PERKARA |
KETERANGAN |
TARIKH TUTUP MAKLUMBALAS |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 1/2021 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah untuk meminda:
|
24 Februari 2022 |
BKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan pautan https://docs.google.com/forms/d/10UD9ReRVZPuPeVO2dv4UDB_cjEkoRl_5YavKvFWWvCE/edit sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Faridah Malik Shari (+603- 8885 0797 atau faridahms@moh.gov.my )
Puan Shazlina Zaini (+603- 8885 0797 atau shazlina@moh.gov.my)
Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my)
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
Draf pindaan seranta awam atas talian bil 1.2022.pdf
|
15 Aug 2023 PDF | 273.71 KB |
|