Semakan Label Makanan

Pengenalan

Permohonan semakan label diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai salah satu cara pihak industri memastikan label produk makanan yang dijual di pasaran mematuhi Akta Makanan dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang telah ditetapkan.

Semakan label bertujuan untuk membekalkan maklumat yang betul dan jelas tentang sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Semakan label adalah untuk memaklumkan  sama ada label mereka mematuhi atau tidak mematuhi peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan perincian kesalahan tidak dinyatakan.

Pelaksanaan Permohonan Semakan Label

Permohonan semakan label perlu dihantar secara atas talian melalui laman web https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home.

Setiap permohonan semakan label perlu dilampirkan dengan maklumat seperti berikut:

  • Senarai ramuan termasuk air mengikut peratus dan fungsi bagi setiap ramuan
  • 2 helai label sebenar produk/label yang dicadangkan
  • Surat pengkelasan produk daripada BPFK (untuk produk Food Drug Interface sahaja)
  • Salinan sijil-sijil jika berkaitan

Caj sebanyak RM250.00 dikenakan untuk setiap permohonan semakan label dan piagam pelanggan adalah 15 hari dari tarikh lengkap permohonan diterima.

Surat maklumbalas akan dikeluarkan kepada pemohon bagi setiap permohonan yang diterima. Surat maklumbalas tersebut hanya menyatakan sama ada label produk yang dihantar mematuhi atau tidak mematuhi peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Surat maklumbalas tersebut akan dihantar sama ada melalui pos atau pemohon boleh mengambilnya sendiri di BKKM.

Faedah Permohonan Semakan Label

  • Label produk makanan yang telah mendapat kelulusan boleh dijual dengan selamat dipasaran.
  • Pemohon dapat memastikan label produk makanan yang dijual mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  • Surat maklumbalas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia boleh digunakan sebagai bukti label yang digunakan adalah mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 semasa aktiviti penguatkuasaan dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
     

Untuk muat turun borang, sila akses ke halaman Maklumat Pelabelan Makanan di menu Perkhidmatan > Pelabelan Makanan > Maklumat Pelabelan Makanan

Pn. Nor Azmina binti Mamat@Muhammad di talian 03-88850797 sambungan 4048 atau emel ke norazmina@moh.gov.my 
Pn. Rabia'atuladabiah binti Hashim di talian 03-88850797 sambungan 4272 atau emel ke adabiah@moh.gov.my

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Borang Permohonan Semakan Label
Tarikh Dimuat-naik: 19 Apr 2023
Saiz: 581.61 KB
PDF
19 Apr 2023
PDF | 581.61 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader