PENGENALAN

Wanita Cakna Keselamatan Makanan (WACANA) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk mendidik dan memperkasa wanita dalam membudayakan keselamatan makanan (food safety culture) dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF PROGRAM WACANA

  1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap aspek kebersihan dan keselamatan makanan dalam kalangan wanita yang menyediakan makanan.
  2. Memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan wanita semasa penyediaan makanan kepada keluarga dan komuniti.
  3. Mengamalkan cara pengendalian makanan yang bersih dan selamat bagi mengelakkan keracunan makanan.

SASARAN PROGRAM

  1. Wanita berusia 18 tahun ke atas
  2. Tidak terlibat dengan penjualan makanan
  3. Menyediakan makanan kepada keluarga
  4. Menyediakan makanan kepada komuniti secara gotong royong/rewang untuk majlis keramaian yang melibatkan jumlah tetamu yang ramai seperti kenduri, sumbangan makanan dan penyediaan makanan semasa bencana seperti banjir
No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Garis Panduan Pelaksanaan Wanita Cakna Keselamatan Makanan (WACANA)
Tarikh Dimuat-naik: 01 Sep 2024
Saiz: 30.63 MB
PDF
01 Sep 2024
PDF | 30.63 MB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader