Food Defense

Skim Pensijilan Food Defense

Pada 10 Mei 2016, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (PKKM, KKM) telah mengadakan  Seminar dan Majlis Memperkenalkan Skim Pensijilan Food Defense di Presint 2, Putrajaya.

Objektif utama seminar ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan skim pensijilan baru di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Skim Pensijilan Food Defense.  Skim tersebut ditawarkan kepada semua pengeluar produk makanan di Negara ini samada bagi tujuan eksport mahupun pasaran tempatan.  Skim ini diharap dapat memenuhi keperluan eksport ke Amerika Syarikat (USA) dan juga meningkatkan jaminan keselamatan produk makanan yang dihasilkan.

Bersempena majlis tersebut, logo bagi Skim Pensijilan Food Defense turut dilancarkan.  Logo ini boleh dicetak di label produk makanan syarikat yang memenuhi keperluan pensijilan dan mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan.

Industri yang mempunyai pertanyaan dan cadangan boleh berhubung dengan pegawai berkenaan di talian 03-8885 0797.

Untuk maklumat lanjut, muat turun Garis Panduan Pensijilan Food Defense di bawah:

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Food Defense Certification Guidelines.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 18 Apr 2023
Saiz: 1.22 MB
PDF
18 Apr 2023
PDF | 1.22 MB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader