Skim Akreditasi Badan Pensijilan (ACB Scheme) – Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP)/ Good Manufacturing Practice (GMP) di bawah Jabatan Standard Malaysia memperuntukkan bahawa badan pensijilan perlu memastikan juruaudit telah menghadiri latihan keselamatan makanan yang diberikan oleh tenaga pengajar yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (Klausa 3.2.3, Scheme for the Accreditation of Certification Bodies, Department of Standards Malaysia, 2013).
Sehubungan itu, Latihan Keselamatan Makanan kepada Juruaudit di Bawah Badan Pensijilan yang Diakreditasi diperkenalkan bagi memenuhi keperluan skim ACB tersebut. Skim latihan keselamatan ini merangkumi dua (2) komponen iaitu kursus dan peperiksaan. Sijil kehadiran akan diberikan kepada peserta yang hadir manakala Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan (ACB-GMP/ ACB-HACCP/ ACB-FSMS) akan diberikan kepada juruaudit yang telah lulus peperiksaan dan memenuhi syarat.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk garis panduan seperti di bawah:
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
Garis Panduan Permohonan Sijil Perakuan Juruaudit Keselamatan Makanan di bawah ACB.pdf
|
26 Mar 2024 PDF | 472.41 KB |
|