SERANTA AWAM ATAS TALIAN
Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013.
Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 adalah peraturan yang dibuat di bawah Akta Juruanalisis Makanan 2011 yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia, mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang menjalankan amalan sebagai juruanalisis makanan dan mengawal selia amalan juruanalisis makanan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
PERKARA |
KETERANGAN |
TARIKH TUTUP MAKLUMBALAS |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 1/2019 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Cadangan draf pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah berkaitan tempoh sahlaku dan fi lesen bagi Air Minuman Berbungkus (AMB), Air Mineral Semulajadi (AMS), Air dari mesin jual air (MJA) dan ais. |
Sebelum 7 Mac 2019. |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 2/2019 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Cadangan draf pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah berkaitan Peraturan 139A. Konfeksi Jeli. |
Sebelum 27 Mac 2019. |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 3/2019 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Cadangan draf pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah berkaitan:
|
Sebelum 22 April 2019. |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 4/2019 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
|
Sebelum 25 Julai 2019 |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 5/2019 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 |
Cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 adalah melibatkan pindaan dan tambahan baru ke atas peraturan berikut :
|
Sebelum 25 Ogos 2019 |
Seranta Awam Atas Talian Bil. 6/2019 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Cadangan pindaan Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah untuk: i - Meminda Peraturan 361 General Standard for Alcoholic Beverage. ii- Meminda Peraturan 386A Compounded hard liquir; dan iii - Memasukkan peraturan baru. Peraturan 386B Dealcoholised alcoholic beverage. |
Sebelum 14 September 2019 |
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan ini dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab BKKM, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.
BKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan Lampiran A yang disertakan.
Semua maklum balas hendaklah dikemukakan melalui surat bertulis secara rasmi / faks / emel ke alamat di bawah :
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 |
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3 62675 Putrajaya, MALAYSIA |
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3 62675 Putrajaya, MALAYSIA |
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 |
Puan Zailina Abdul Majid (+603- 8885 0797 atau zailina.am@moh.gov.my) Puan Maria Afiza Omar (+603- 8885 0797 atau maria.afiza@moh.gov.my) Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my) |
Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my) Cik Irma Mohamad Samsi (+603- 8885 0797 atau irma@moh.gov.my ) Puan Hadidawati Mahadi (+603- 8885 0797 atau hadidawati@moh.gov.my) |