Seranta Awam Atas Talian 2025

SERANTA AWAM ATAS TALIAN BAGI DRAF PINDAAN

PERATURAN-PERATURAN DI BAWAH AKTA MAKANAN 1983

Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas peraturan-peraturan di bawah Akta Makanan 1983.

Cadangan pindaan adalah seperti berikut:

Perkara

Keterangan

Tarikh tutup maklum balas

Seranta Awam Atas Talian Bil 4/2025 bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan di bawah Akta Makanan 1983

Cadangan pindaan melibatkan:

  1. Peraturan 2 Tafsiran untuk memasukkan tafsiran bagi “bekas bukan runcit”, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  2. Peraturan baharu, Peraturan 16A Butir-butir dalam pelabelan bekas bukan runcit, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  3. Peraturan 17 Kecualian dari peraturan 11, 14, 16 dan 18B yang merupakan peraturan berbangkit bagi pindaan i dan ii, Peraturan-Peraturan Makanan 1985; dan
  4. Jadual Keenam Belas Residu Racun Perosak, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

17 Januari 2026

Seranta Awam Atas Talian Bil 3/2025 bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan di bawah Akta Makanan 1983

Cadangan pindaan melibatkan:

  1. Daftar I Jadual Kelima A bagi memasukkan akuan rendah dan bebas laktosa, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  2. Daftar III Jadual Kelima A bagi bagi memasukkan akuan ‘vitamin C menyumbang kepada fungsi normal sistem imun’, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  3. Daftar IV Jadual Kelima A bagi bagi memasukkan akuan fungsi Lactobacillus rhamnosus (LGG), Peraturan-Peraturan Makanan 1985; dan
  4. Daftar IA Jadual ke-21, Daftar III Jadual ke-21A dan Daftar II, Jadual ke-16AA bagi memasukkan nutrien 3’-SL, 6’-SL, LNT, 2’-FL dan DFL, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

7 November 2025

Seranta Awam Atas Talian Bil 2/2025 bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan di bawah Akta Makanan 1983

Cadangan pindaan melibatkan:

  1. Jadual Kedua Belas A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  2. Peraturan-peraturan di bawah komoditi bahan pemanis, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  3. Peraturan-peraturan di bawah komoditi koko dan hasil koko, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  4. Peraturan 282 Susu kocak, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  5. Peraturan-peraturan di bawah komoditi air minuman berbungkus, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  6. Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011; dan
  7. Peraturan-Peraturan Makanan (Fi Analisis Makanan) 2016.

19 Julai 2025

Seranta Awam Atas Talian Bil 1/2025 bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Makanan 1983

Cadangan pindaan melibatkan:

  1. Pindaan Jadual Keenam Belas, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  2. Cadangan peraturan baharu Peraturan 3B Program Jaminan Keselamatan Makanan untuk Makanan Import di bawah Bahagian IIB, Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
  3. Pindaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009; dan
  4. Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017

6 Mac 2025

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan peraturan dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.

Sehubungan dengan itu PKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan pautan link yang disertakan di atas sebelum tarikh tutup.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Puan Faridah Malik Shari  (+603- 8885 0797 atau faridahms@moh.gov.my )

Puan Shazlina Mohd Zaini (+603- 8885 0797 atau shazlina@moh.gov.my)

Puan Nur Fareeza Hj Ngatiman (+603- 8885 0797 atau nurfareeza@moh.gov.my)

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Draf Pindaan Seranta Awam Atas Talian Bil.4/2025
Tarikh Dimuat-naik: 17 Dec 2025
Saiz: 207.07 KB
PDF
17 Dec 2025
PDF | 207.07 KB
2
Draf Pindaan Seranta Awam atas Talian Bil 3/2025
Tarikh Dimuat-naik: 09 Nov 2025
Saiz: 157.87 KB
PDF
09 Nov 2025
PDF | 157.87 KB
3
Draf Pindaan Seranta Awam Atas Talian Bil.2/ 2025
Tarikh Dimuat-naik: 19 Jun 2025
Saiz: 283.99 KB
PDF
19 Jun 2025
PDF | 283.99 KB
4
Draf Pindaan seranta Awam Atas Talian Bil.1/2025
Tarikh Dimuat-naik: 09 Mar 2026
Saiz: 274.02 KB
PDF
09 Mar 2026
PDF | 274.02 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader