KENDIRI 2.0 Manual Pemeriksaan Sendiri

Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI)

Pengenalan

Pemeriksaan Sendiri atau dikenali sebagai KENDIRI telah mula diperkenalkan pada tahun 2008. Pelaksanaan KENDIRI ini pada peringkat awal telah dilaksanakan di institut pengajian seperti di kantin sekolah bertujuan untuk menurunkan risiko berlakunya keracunan makanan di kalangan pelajar sekolah. Melalui Manual KENDIRI edisi terkini, skop kumpulan sasarannya diperluaskan kepada semua premis/ perkhidmatan makanan yang ingin menggunakannya sebagai standard asas supaya tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan di premis makanan tersebut dapat dipertingkatkan. KENDIRI ini berlandaskan konsep selfinspection dan pemeriksaan dijalankan secara berterusan dengan memberi tumpuan kepada faktor risiko kemungkinan berlakunya sesuatu pencemaran makanan. Program ini bersifat proaktif di  mana pemantauan dilakukan secara berterusan ke atas faktor risiko yang telah dikenalpasti dan penambahbaikan perlu dilakukan dengan serta-merta untuk mengelakkan berlakunya kejadian keracunan makanan. 


Objektif 

Objektif manual ini sebagai panduan kepada kumpulan sasaran dalam pelaksanaan KENDIRI bagi mematuhi kehendak Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dalam penerimaan bahan mentah, penyimpanan, pengendalian, penyediaan dan penghidangan supaya makanan yang disediakan bersih dan selamat. 

Kumpulan Sasaran 

Kumpulan sasaran adalah kontraktor, penyedia, pengendali makanan atau mana-mana individu atau pihak yang melaksanakan pemeriksaan sendiri (KENDIRI).

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Slaid KENDIRI 2.0 Manual Pemeriksaan Sendiri
Tarikh Dimuat-naik: 16 Mac 2026
Saiz: 28.89 MB
PDF
16 Mac 2026
PDF | 28.89 MB
2
KENDIRI 2.0 Manual Pemeriksaan Sendiri
Tarikh Dimuat-naik: 16 Mac 2026
Saiz: 17.71 MB
PDF
16 Mac 2026
PDF | 17.71 MB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader