Khidmat Nasihat Pengiklanan Makanan

KHIDMAT NASIHAT PENGIKLANAN MAKANAN

Pengenalan

Perkhidmatan Permohonan Khidmat Nasihat Pengiklanan ini ditawarkan kepada industri yang memerlukan khidmat nasihat pengiklanan secara pilihan (tidak mandatori).

Khidmat Nasihat Pengiklanan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya pihak industri dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang peruntukan pengiklanan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang perlu dipatuhi pada iklan produk makanan.

Khidmat Nasihat Pengiklanan bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak industri mengenai kesalahan secara terperinci pada iklan makanan.

Pelaksaan Permohonan Khidmat Nasihat Pengiklanan Makanan

Permohonan Khidmat Nasihat Pengiklanan boleh dipos atau dihantar secara serahan tangan.

Setiap permohonan semakan iklan perlu dilampirkan  dengan maklumat seperti berikut:

  • Surat Semakan Label / Khidmat Nasihat Pelabelan produk yang diiklankan
  • 2 salinan iklan sebenar produk / iklan yang dicadangkan dan terjemahan iklan (Bahasa Melayu/Inggeris) jika hanya melibatkan Bahasa Cina atau Tamil
  • 2 helai label sebenar produk/label yang dicadangkan
  • Slip Pendaftaran Premis di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009

Caj sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap iklan dikenakan bagi permohonan tersebut dan piagam pelanggan adalah selama 10 hari dari tarikh lengkap permohonan diterima.

Surat maklumbalas akan dikeluarkan kepada pemohon bagi setiap permohonan yang diterima. Surat maklumbalas tersebut akan menyatakan sama ada iklan produk yang dihantar mematuhi atau tidak mematuhi peruntukan pengiklanan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Perincian kesalahan pengiklanan (jika ada) juga akan dinyatakan.

Surat tersebut akan dihantar sama ada melalui pos atau pemohon boleh mengambilnya sendiri di BKKM.

Faedah Permohonan Khidmat Nasihat Pengiklanan Makanan

  • Membantu industri menghasilkan iklan yang mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  • Mengelakkan industri membuat akuan yang boleh mengelirukan serta memperdaya pengguna bagi meraih keuntungan.
  • Menggalakkan industri lebih bertanggungjawab terhadap iklan makanan yang dihasilkan.
  • Meningkatkan keyakinan pengguna terhadap iklan yang disiarkan.

Untuk muat turun borang, sila akses ke halaman Maklumat Pengiklanan Makanan di menu Perkhidmatan > Pengiklanan Makanan > Khidmat Nasihat Pengiklanan Makanan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pn. Nurul Hidayati Mohd Nasir di talian 03-8885 0797 sambungan 4058 atau emel n_hidayati@moh.gov.my 

Pn. Norazlinda Binti Zainal Abidin  di talian 03-8885 0797 sambungan 4038 atau emel azlinda.zainal@moh.gov.my

Pn. Atiqah Jalila Binti Jusoh di talian 03-8885 0797 sambungan 4377 atau emel atiqahjalila@moh.gov.my

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Borang Khidmat Nasihat Pengiklanan.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 01 Mar 2024
Saiz: 325.06 KB
PDF
01 Mar 2024
PDF | 325.06 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader