Logo Budaya 3M

PENGENALAN

Budaya 3M merupakan akronim dalam Mengamal, Memilih dan Melaksana aspek tertentu yang dapat mempengaruhi tingklah laku dalam amalan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Budaya 3M boleh digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan kempen dan aktiviti promosi kepada kumpulan sasar. Setiap ahli masyarakat dan komuniti boleh memainkan peranan utama dalam memastikan budaya keselamatan makanan dapat diterapkan dalam kehidupan terutama semasa membeli dan menyediakan makanan. Ia membantu dalam mengurangkan risiko pencemaran dan penyakit bawaan makanan. 

OBJEKTIF

  1. Menerapkan budaya keselamatan makanan dalam penyediaan makanan
  2. Menggalakkan pengguna memilih premis dan produk makanan yang bersih dan selamat melalui pengenalan logo dan;
  3. Menerapkan budaya kendiri (pemeriksaan sendiri) keselamatan makanan

SKOP DAN TUJUAN

Buku kecil Budaya 3M disediakan untuk:

  1. Panduan kepada orang ramai, pengguna, pengusaha dan pengendali makanan dalam membudayakan 3M sewaktu menyediakan makanan.
  2. Membantu pelaksanaan program khas promosi di kalangan generasi muda, wanita dan warga emas dengan menekankan aspek penting kebersihan dan keselamatan makanan.
No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Buku Kecil Budaya 3M
Tarikh Dimuat-naik: 24 Jul 2024
Saiz: 12.92 MB
PDF
24 Jul 2024
PDF | 12.92 MB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader