SERANTA AWAM ATAS TALIAN BAGI DRAF PINDAAN
PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985
Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Cadangan pindaan adalah seperti berikut:
Bil. |
Perkara |
Keterangan |
Tarikh tutup maklum balas |
1 |
Seranta Awam Atas Talian Bil 1/2024 bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 |
Cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah untuk meminda:
Maklum balas boleh diisi di pautan berikut: |
27 April 2024 |
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan Peraturan dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.
Sehubungan dengan itu PKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan pautan link yang disertakan di atas sebelum tarikh tutup.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Faridah Malik Shari (+603- 8885 0797 atau faridahms@moh.gov.my )
Puan Shazlina Zaini (+603- 8885 0797 atau shazlina@moh.gov.my)
Puan Nur Fareeza Hj Ngatiman (+603- 8885 0797 atau nurfareeza@moh.gov.my)
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
Draf pindaan seranta awam atas talian Bil 1_2024
|
26 Mar 2024 PDF | 129.96 KB |
|