Prosedur Pengimportan Makanan (Untuk Tujuan Komersil)

Tunjukkan Semua Item 

Langkah 1: Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mengimport
  1. Memastikan makanan yang diimport mematuhi Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan-peraturannya terutama sekali berkaitan dengan keselamatan, piawaian dan pelabelan.
  2. Memastikan makanan tersebut tidak berada di bawah bidang kuasa Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Kementerian Kesihatan, Malaysia.
    • Makanan yang diimport perlu dipastikan tidak berada di bawah bidang kuasa Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Kementerian Kesihatan, Malaysia.
  3. Kenal pasti sama ada makanan memerlukan dokumen tambahan apabila ia diimport. 
    • Anda perlu mengenal pasti makanan yang diimport akan memerlukan dokument untuk disertakan dengan konsainan apabila ia diimport. (cth. Sijil Kesihatan, Sijil Analisis, Lesen dsb.). Sijil Kesihatan hendaklah disertakan dalam versi asal. Muat turun Senarai produk makanan tersebut (pdf) dibawah
  4. Agen pengimport dan penghantaran (broker kastam) perlu mendaftar dengan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM). 
    • Ejen pengimport dan penghantaran (broker kastam) perlu mendaftar dengan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) untuk mengimport makanan. FoSIM adalah sistem maklumat berasaskan web pintar yang dibangunkan untuk meningkatkan sistem pengurusan pengawasan keselamatan makanan; selain memastikan bahawa makanan yang diimport ke Malaysia adalah selamat untuk dimakan. Sistem ini dihubungkan dengan sistem Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Kastam (CIS), yang membenarkan pengimport, ejen penghantaran dan Pegawai yang Dibenarkan untuk menguruskan aktiviti pengimportan makanan secara elektronik, menggunakan pendekatan berasaskan risiko dalam menentukan bahaya yang terdapat dalam makanan yang diimport . Maklumat lanjut mengenai FoSIM termasuk pendaftaran pengimport dan ejen penghantaran boleh diakses menerusi http://fsis2.moh.gov.my/fosimv2.
  5. Makanan bayi yang diimport hendaklah mematuhi Kod Etika untuk pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan 2008 yang dikawal oleh Jabatan Pemakanan, Kementerian Kesihatan, Malaysia.
    • Makanan bayi yang diimport hendaklah mematuhi Kod Etika untuk pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan 2008 yang dikawal oleh Jabatan Pemakanan, Kementerian Kesihatan, Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila lawati http://nutrition.moh.gov.my.
  6. Memastikan bahan makanan dan makanan yang diperoleh melalui bioteknologi moden telah mendapat kelulusan oleh Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Malaysia (KeTSA).
    • Memastikan bahan-bahan makanan dan makanan yang diperoleh melalui bioteknologi moden (organisma /makanan diubahsuai genetik) mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan event melalui Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Malaysia (KeTSA) sebelum pengimportan dibenarkan. Di samping itu, produk ini mesti mematuhi syarat pelabelan untuk makanan dan ramuan makanan yang diperoleh melalui bioteknologi moden seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Makanan 1985. Sila rujuk laman web bagi event yang telah diluluskan di : https://www.biosafety.gov.my/en/perkhidmatan/keputusan-lbk/ 
  7. Makanan tertentu mungkin memerlukan permit / lesen / keperluan lain dari agensi kerajaan lain seperti Kuarantin dan Perkhidmatan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). 
    • Makanan tertentu mungkin memerlukan permit import / lesen / keperluan lain dari agensi-agensi kerajaan lain seperti dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau agensi lain di bawah kementerian yang berlainan. Untuk maklumat lengkap mengenai jenis produk makanan dan agensi yang terlibat, sila rujuk kepada Perintah Kastam (Larangan untuk Import) 2023 atau hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di http://www.customs.gov.my untuk maklumat lanjut.
  8. Keperluan Pengimportan Makanan Yang Telah Dirawat Dengan Radiasi Mengion
    • Pengimportan makanan yang telah dirawat dengan radiasi mengion perlu mematuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011. Sekiranya makanan tersebut tidak disertakan dengan Perakuan Iradiasi, pengimportannya adalah dilarang. Makanan tersebut juga perlu mematuhi keperluan pelabelan seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011.
Langkah 2: Pelepasan Makanan Import Melalui FoSIM

Langkah 3: Pemeriksaan Makanan Import di Pintu Masuk

Rajah di bawah menunjukkan prosedur pemeriksaan makanan di pintu masuk

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pemeriksaan Makanan Import di Pintu Masuk

  1. Terdapat enam (6)tahap pemeriksaan bagi menentukan risiko makanan tersebut iaitu:
    • Tahap 1 (Pelepasan Automatik Tanpa Syarat), di mana konsainan makanan diberi pelepasan secara automatik.
    • Tahap 2 (Pemeriksaan Dokumen Spesifik), Pegawai Berkuasa di pintu masuk perlu meneliti kesemua dokumen yang berkaitan (HC/CoA/Lesen) sebelum memberi  pelepasan.
    • Tahap 3 (Pemantauan Berasaskan Risiko), di mana pemeriksaan wajib dilakukan dan sampel makanan mungkin diambil untuk analisis makmal.
    • Tahap 4 (Surveilan Pengawasan), di mana pemeriksaan dan pensampelan wajib dilakukan. Konsainan dilepaskan setelah pensampelan dijalankan.
    • Tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas), pemeriksaan dan pensampelan wajib dilakukan. Konsainan ditahan setelah pensampelan dijalankan dan ianya akan dilepaskan setelah keputusan analisa mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
    • Tahap 6 (Penolakan Automatik), di mana sistem secara automatik menolak konsainan produk makanan yang terlibat.
  2. Surat kelulusan diperlukan untuk makanan yang diimport seperti yang dinyatakan dibawah:
    • Makanan bagi tujuan penyelidikan
    • Makanan bagi tujuan pameran
    • Makanan bertujuan khas untuk pesakit kritikal melalui permohonan hospital
    • Kegunaan Persendirian
    • Hadiah
    • Makanan Dengan Kelulusan Khas Dari Menteri
  3. Makanan yang didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan, akan diambil tindakan berikut:
    • Makanan ditolak kemasukan, re-export ke negara asalnya atau negara lain yang boleh menerimanya.
    • Jika makanan telah masuk ke Negara ini, Notis Penarikan Balik Produk akan dikeluarkan.
    • Bagi Tahap Lima (5), Tindakan Tahan, Uji dan Lepas akan dikenakan untuk konsainan makanan yang berikutnya dari pengeksport yang sama
    • Pelupusan
    • Pelabelah semula, Pemprosesan semula dan Pembaikan Semula Mutu Makanan
    • Tindakan Mahkamah
Carta Alir Aktiviti Kawalan Makanan Import
No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Carta Alir Prosedur Pengimportan Makanan Untuk Pengimport dan Agen.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 15 Aug 2023
Saiz: 415.78 KB
15 Aug 2023
PDF | 415.78 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader