Nota Peringatan Keracunan Makanan

Nota Peringatan ini disediakan bagi memperkasakan pelajar dengan pengetahuan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. Nota ini memberikan maklumat ringkas kepada pelajar berkaitan punca-punca dan tanda-tanda keracunan makanan, langkah pencegahan bagi mengelakkan keracunan makanan dan perkara yang perlu dilakukan sekiranya mengalami tanda-tanda keracunan makanan di sekolah.

Isi kandungan nota peringatan ini terdiri dari tiga (3) bahagian iaitu Penjelasan Ringkas, Nota Pelajar dan Panduan Guru. Penjelasan ringkas selepas setiap tajuk merupakan pengenalan dan objektif tajuk bagi setiap nota peringatan. Nota pelajar ialah mesej penting yang akan disampaikan oleh guru kepada pelajar. Panduan guru pula merupakan mesej tambahan yang boleh membantu guru semasa menyampaikan ucapan atau taklimat. Guru boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menarik perhatian pelajar semasa menyampaikan ucapan atau taklimat tersebut.

Adalah diharapkan nota ini akan dapat membantu dalam mempertingkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai keselamatan dan kualiti makanan dan seterusnya membudayakan amalan kebersihan dan keselamatan makanan dalam kehidupan mereka. Pencegahan awal penyakit keracunan makanan bermula dari pelajar itu sendiri melalui amalan kebersihan dalam kehidupan harian sama ada semasa makan mahupun semasa memilih premis makanan.

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Nota Peringatan Keselamatan Makanan
Tarikh Dimuat-naik: 19 Apr 2023
Saiz: 1.44 MB
PDF
19 Apr 2023
PDF | 1.44 MB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader