Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan (DKMK) 2.0
Peralihan landskap ekonomi dunia yang sentiasa dinamik dan kompetitif serta perubahan iklim yang berlaku sangat memberi kesan kepada keselamatan makanan. Keadaan ini telah menjejaskan pengeluaran makanan di kalangan industri makanan di samping mempengaruhi pengabaian budaya keselamatan makanan yang perlu diamalkan oleh masyarakat. Perubahan dalam pelaksanaan sistem keselamatan makanan yang berasaskan sains dan data juga memerlukan kawalan keselamatan makanan diperkasakan di semua peringkat rantaian bekalan makanan untuk memastikan kawalan keselamatan makanan dijalankan dengan lebih menyeluruh melalui akauntabiliti bersama pemegang taruh bagi memastikan rakyat mendapat makanan yang selamat dan berkualiti.
Dengan itu, DKMK 2.0 telah dilancarkan pada 26 September 2025 bagi meneruskan komitmen kerajaan dalam mentransformasikan kawalan keselamatan makanan selari dengan perkembangan global ke arah menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang mengutamakan keselamatan makanan bagi memelihara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
DKMK 2.0 akan memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan negara yang merentasi pelbagai sektor melalui kerjasama semua pihak berkepentingan yang lebih kukuh dan mantap di samping turut mempermudahkan perdagangan makanan. Dasar ini dilaksanakan melalui Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan (PTKMK) 2024-2030.
DKMK 2.0 juga adalah inisiatif Kerajaan dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat adalah mampan dengan sentiasa memperhalusi aspek keselamatan makanan dan pemakanan tanpa sebarang kompromi yang boleh menjejaskan kesihatan rakyat. Ini sejajar dengan nilai MADANI – Kemampanan, Kesejahteraan dan Daya Cipta.
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
|---|---|---|---|
1 |
DKMK2.0_29092025.pdf
|
29 Sep 2025 PDF | 7.03 MB |
|