• Mengurus, merancang, menyelaras dan menilai aktiviti kawalan eksport makanan.
  • Merancang, menyelaras dan menilai kawalan eksport di sepanjang rantaian pengeluaran ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
  • Sebagai Central Competent Authority (CCA) bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
  • Merancang pematuhan eksport makanan melalui kerjasama dengan agensi lain dan pihak berkuasa kompeten negara pengimport.
  • Membangunkan prosedur /garis panduan / protokol / perundangan bagi kawalan eksport makanan.
  • Merancang, menyelaras dan  menilai program pemantauan yang dijalankan bagi memastikan keperluan negara pengimport adalah dipatuhi.
  • Merancang, menyelaras dan  menilai program audit pengawasan yang dijalankan bagi memastikan premis pemprosesan dan sumber bahan mentah adalah mematuhi keperluan negara pengimport.
  • Merancang, menyelaras dan menjalankan audit dalaman / audit luaran dan audit bersama bagi memastikan aktiviti kawalan rasmi yang dijalankan adalah mengikut prosedur kawalan eksport.
  • Meluluskan / mendaftarkan / menyenaraikan premis pemprosesan bagi tujuan pengeksportan berdasarkan keperluan negara pengimport.
  • Membangunkan pengkalan data bagi premis pemprosesan dan sumber bahan mentah yang terlibat dalam eksport makanan.
  • Merancang, memantau dan menyelaras pengeluaran sijil-sijil eksport makanan dan sijil kesihatan secara on-line.
  • Memberi khidmat nasihat kepada industri mengenai keperluan pengeluaran sijil-sijil eksport serta isu-isu berhubung pengeksportan makanan.
  • Merancang, memantau dan menilai siasatan ke atas penolakan eksport makanan.