HACCP

Pengenalan

Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang  mencapai mengamalkan elemen-elemen HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Bermula pada 19 April 2001, Skim Pensijilan HACCP telah dilancarkan secara rasmi dan objektif  Skim ini adalah untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem HACCP bagi produk makanan mereka.

Skop

Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan. Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen HACCP dan Pre-requisite Program (PRP) yang terkandung di dalam Malaysian Standard 1480:2007, Malaysian Standard MS 1514:2009 dan Malaysian Standard MS 1480:2019 (bermula 1 September 2021)  . Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

Objektif

  • Untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat.
  • Untuk memenuhi kehendak Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat bagi pengeksportan keluaran ikan dan hasilan ikan.
  • Untuk menyediakan satu sistem keselamatan makanan di negara ini, memandangkan Sistem HACCP ini akan menjadi satu keperluan pengeksportan makanan seluruh dunia.

Faedah

  • Mendapat keutamaan dalam permohonan Sijil Kesihatan bagi tujuan eksport dengan memendekkan tempoh pengeluaran sijil kepada tiga (3) hari berbanding 19 hari bagi industri yang tidak mendapat pengiktirafan HACCP KKM.
  • Logo HACCP KKM boleh digunakan pada produk yang telah mendapat pengiktirafan.
  • Salah satu keperluan dalam mendapatkan No.EU bagi tujuan pengeksportan ke EU.
  • Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport seperti Sijil Penjualan Bebas, Sijil GMO, Heat Process Meat Certificate dan lain-lain.
  • Menguatkan dan sokongan kepada sistem jaminan kualiti yang lain seperti ISO dan HALAL.
  • Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pasaran makanan global.

Syarat Permohonan

Syarat Umum:

  1. Premis perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui website https://fosim.moh.gov.my
  2. Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan
  3. Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Sistem HACCP dan PRP/GMP perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan.
  5. Premis makanan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.

Syarat Khusus:

  1. Sistem HACCP perlu dibangunkan berdasarkan kepada Malaysian Standard 1480:(Latest Revision).
  2. Sistem PRP / GMP perlu dilaksanakan dan didokumenkan berdasarkan kepada Malaysian Standard 1514:(Latest Revision).
  3. Manual HACCP perlu didokumenkan dan mengandungi dokumen minima seperti berikut :
  • Profil Syarikat
  • Carta organisasi
  • Dasar pengurusan keselamatan makanan
  • Susun atur premis
  • Pasukan & Tanggungjawab HACCP
  • Skop Pelan HACCP
  • Objektif Keselamatan Makanan
  • Penerangan Produk & Pengguna yang disasarkan
  • Carta aliran proses
  • Lembaran Kerja Analisis Bahaya
  • Ringkasan Pelan HACCP
  • Aktiviti & Jadual Pengesahan Keseluruhan
  • Ringkasan Program Pra-syarat

Manual tersebut perlu ditandatangani oleh pengurusan tertinggi yang mempunyai kuasa Eksekutif.

Kos Pensijilan HACCP dan Kos Perjalanan Juruaudit

Terdapat dua (2) kos yang akan dikenakan kepada premis bagi pensijilan HACCP KKM iaitu kos pensijilan HACCP dan kos perjalanan Juruaudit.

Jadual 1 : Kos Pensijilan HACCP

Perkara

IB (RM)

IKS (RM)

Permohonan Baru*

5,400.00

4,000.00

Pembaharuan

4,000.00

3,000.00

Pensijilan untuk penambahan produk dari syarikat yang diiktiraf (berasingan)*                                          

2,750.00

2,550.00

Surveilan

1,800.00

1,800.00

Definisi:

  • Industri Besar (IB): Mempunyai >150 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan adalah RM25 juta dan ke atas.
  • Industri Kecil dan Sederhana (IKS): Mempunyai kurang dari 150 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan adalah kurang dari RM25 juta
  • Sebutharga kos pensijilan HACCP akan dikeluarkan kepada premis setelah permohonan lengkap diterima melaui sistem online.
  • Bayaran bagi pensijilan HACCP tidak boleh dikembalikan semula dalam apa-apa keadaan.

Jadual 2 : Kos Perjalanan Juruaudit

Perkara Bayaran Bagi Premis di Semenanjung Malaysia (RM) Bayaran Bagi Premis di Sabah & Sarawak (RM)
Kos Perjalanan Juruaudit                                                                 3420.00                                4040.00

  • Kos perjalanan Juruaudit adalah meliputi segala kos yang terlibat semasa menjalankan audit termasuk tiket kapal terbang, penginapan, elaun dan sebagainya.
  • Kos perjalanan Juruaudit hanya melibatkan Permohonan Baru HACCP dan Permohonan Tambah Produk (Bukan Varian) HACCP sahaja.
  • Sebutharga kos perjalanan Juruaudit akan dikeluarkan kepada premis setelah permohonan lengkap diterima melalui sistem online.
  • Sebutharga tersebut disediakan mengikut kelayakan Juruaudit dengan merujuk kepada Pekeliling Bil 3/2003 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
  • Bayaran kos tersebut adalah dalam bentuk sumbangan ke dalam akaun amanah yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Akaun Amanah Penilaian , Pengiktirafan Akreditasi dan Pemeriksaan Amalan perkilangan baik [Kod Akaun Amanah 886341(Kod Kecil 4005)].
  • Kos perjalanan Juruaudit akan dibayar menggunakan sumbangan di dalam Akaun Amanah yang diterima dari premis.
  • Bayaran tersebut perlu dibuat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh sebutharga dikeluarkan kepada premis.

Kos Cetakan Semula Sijil

Bagi tujuan cetakan semula sijil, pihak syarikat dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM100.00 (seratus ringgit sahaja) untuk setiap sijil yang terlibat menggunakan bank draft atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkara ini dinyatakan melalui memo dari Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan no. rujukan (60) dlm KKM 400-9/1/3. Jld. 6. di mana semua gantian atau cetakan semula sijil dikenakan caj bayaran. 

Pihak syarikat dikehendaki memulangkan sijil asal bagi tujuan cetakan semula sijil yang baru.

Proses Permohonan

Premis perlu membuat permohonan HACCP secara atas talian melalui laman website https://fosim.moh.gov.my

Sila muat turun manual di bawah untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan.

Carta Alir Proses Kerja

Sila muat turun carta alir di bawah untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan.

Cara Membuat Semakan Status Online

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Manual Semakan Status Permohonan Pensijilan HACCP KKM di bawah.

Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku pensijilan HACCP adalah selama tiga (3) tahun. Audit pengawasan akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sekurang-kurangnya satu kali  (1) sepanjang tempoh pensijilan premis. 

Pembaharuan Sijil HACCP

Permohonan pembaharuan pensijilan HACCP perlu dilakukan (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil.

Permohonan Tambah Produk Bagi Premis Pemegang Pensijilan HACCP KKM

Premis pemegang sijil HACCP KKM perlu membuat permohonan tambah produk HACCP jika ingin menambah produk baru ke dalam sijil HACCP melalui laman website https://fosim.moh.gov.my

Permohonan Pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) KKM Bagi Premis Pemegang Sijil HACCP KKM

Sijil GMP akan diberikan secara fast-track tanpa perlu menjalankan audit dan tiada bayaran akan dikenakan ke atas premis.

Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada prestasi semasa sistem HACCP dan GMP yang dilaksanakan oleh premis dan juga berdasarkan kepada laporan audit pengawasan yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Senarai Pemegang Sijil HACCP

Manakala pemegang Sijil HACCP boleh disemak di Akses Awam pada pautan https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home

No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
PROSEDUR PENAMBAHAN PRODUK VARIANS
Tarikh Dimuat-naik: 28 May 2024
Saiz: 148.13 KB
PDF
28 May 2024
PDF | 148.13 KB
2
Spesifikasi Logo HACCP KKM.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 18 Apr 2023
Saiz: 849.85 KB
PDF
18 Apr 2023
PDF | 849.85 KB
3
PROSEDUR PENGELUARAN SURAT KELAYAKAN KEMUDAHAN PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN
Tarikh Dimuat-naik: 03 Mar 2024
Saiz: 1.30 MB
PDF
03 Mar 2024
PDF | 1.30 MB
4
Manual Permohonan Pensijilan HACCP (Pemohon) melalui sistem FoSIM.pdf
Tarikh Dimuat-naik: 16 Aug 2023
Saiz: 3.62 MB
PDF
16 Aug 2023
PDF | 3.62 MB
5
GUIDELINE FOR MALAYSIAN CERTIFICATION SCHEME FOR HAZARD ANALYSIS AND CRITICAL CONTROL POINT (HACCP) AND GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP)
Tarikh Dimuat-naik: 19 Jan 2025
Saiz: 325.18 KB
PDF
19 Jan 2025
PDF | 325.18 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader