Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di sekolah adalah merupakan salah satu tools bagi menurunkan risiko berlakunya kejadian keracunan makanan di kantin dan dapur asrama. Pelaksanaan program ini akan membantu meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan dan bertindak sebagai first line of defence dalam pencegahan kejadian keracunan makanan. Mekanisma pelaksanaan Program KENDIRI di kantin/dapur asrama sekolah melibatkan perkongsian tanggungjawab dimana pihak kontraktor/ pengusaha perlu menjalankan pemeriksaan sendiri terhadap tahap kebersihan premis dan status kebersihan premis dipantau secara terus oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), KPM dan KKM.