Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya. Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan.
Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.
Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk: