PERALIHAN STANDARD MS 1480:2019 KE MS 1480:2025 (HACCP)

Jabatan Standard Malaysia telah menerbitkan MS 1480:2025 Food Safety according to Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) System bagi menggantikan MS 1480:2019.

Tempoh peralihan adalah selama dua (2) tahun, bermula 24 Oktober 2025 hingga 24 Oktober 2027. Tempoh ini diberikan bagi membolehkan pihak industri membuat persediaan yang sewajarnya sebelum standard baharu ini dikuatkuasakan sepenuhnya.

Semasa tempoh peralihan, senarai semak audit sedia ada masih terpakai. Pihak industri dan juruaudit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berkaitan sebarang kemaskini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Puan Mas Imelia Mohd Khalid

Talian: 03-8885 0797 samb. 4203

Emel: mas_imelia@moh.gov.my