AFLATOKSIN

  I-MAS  KIMIA

Apa itu Aflatoksin?

Aflatoksin adalah kumpulan mikotoksin yang terbentuk secara semulajadi daripada kulat yang tertentu sahaja terutama sekali Aspergillus flavus dan Aspergillus parasiticus.

Bagaimanamakanan boleh dicemari Aflatoksin?

Keadaan yang boleh menyebabkan makanan dicemari Aflatoksin:

Apakah kumpulan makanan yang biasa dicemari Aflatoksin?

Kekacang dan hasilannya seperti kacang tanah, mentega kacang, badam dan sebagainya.

Apa kesan Aflatoksin terhadap kesihatan?

Pendedahan terhadap Aflatoksin pada paras yang tinggi dan berpanjangan berkemungkinan boleh menyebabkan barah hati dan keracunan makanan (Aflatoksikosis).

Siapakah yang paling berisiko terdedah kepada Aflatoksin?

Pengguna yang berisiko tinggi terdedah kepada keracunan Aflatoksin adalah pengguna yang paling kerap mengambil makanan seperti kekacang dan hasilannya, bijirin dan hasilannya dan rempah-ratus. Ia juga lebih berisiko kepada seseorang yang berpenyakit hepar atau mempunyai jangkitan virus Hepatitis B.

Berapakah paras Aflatoksin yang dibenarkan dalam makanan?

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum yang dibenarkan adalah:

Mengapa Peraturan hanya ditetapkan untuk makanan tertentu sahaja?

Peraturan yang ditetapkan lebih difokuskan kepada produk makanan yang berisiko tinggi dan kerap dicemari Aflatoksin. Makanan tersebut juga biasanya diambil dalam kuantiti yang banyak.

Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna?

Apakah langkah- langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi menangani masalah ini?

KKM sentiasa membuat pengawasan terhadap kumpulan makanan yang berisiko tinggi mengandungi Aflatoksin supaya ianya di bawah paras yang dibenarkan dan selamat. KKM akan terus menjalankan kajian berkenaan aflatoksin di dalam makanan yang terlibat. KKM juga sentiasa peka terhadap kajian-kajian yang dijalankan oleh pihak antarabangsa seperti CODEX, FAO, WHO, USFDA dan sebagainya. KKM akan memaklumkan kepada pengguna sebarang maklumat terkini berkenaan Aflatoksin