Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

Apakah prosedur untuk pendaftaran produk tradisional / produk herba di Malaysia?

Pengawalseliaan produk tradisional/ produk herba adalah di bawah bidang kuasa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan prosedur pendaftaran produk tradisional/ produk herba di Malaysia, sila layari laman web NPRA di https://www.npra.gov.my atau boleh e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau sila hubungi nombor telefon 03 - 7883 5400.

Bolehkah saya mendapatkan tuntutan daripada majikan ke atas konsultasi daripada pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PT&K)?

Tuntutan daripada majikan bagi konsultasi daripada pengamal PT&K adalah bergantung kepada polisi syarikat terbabit atau perjanjian / kontrak yang dimeterai antara majikan dan pekerja.

Adakah sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) diterimapakai oleh majikan sebagai dokumen rasmi utk cuti sakit?

Penerimaan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh seorang pengamal PT&K adalah bergantung kepada polisi syarikat terbabit atau perjanjian / kontrak yang dimeterai antara majikan dan pekerja.

Apakah itu Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775]?

Akta PT&K 2016 [Akta 775] adalah suatu Akta untuk mengawal selia amalan dan pengamal PT&K di Malaysia serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme pengamal PT&K dan memastikan supaya perkhidmatan PT&K di Malaysia adalah selamat dan berkualiti.

Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang PT&K. Bolehkah saya mengetahui sekiranya kelayakan ini diiktiraf oleh KKM?

Pendidikan dalam bidang PT&K di Malaysia boleh dibahagikan kepada program pendidikan tinggi dan program kemahiran. Kelayakan bagi bidang amalan yang diiktiraf akan ditentukan oleh Majlis PT&K. Pada masa ini, calon yang berminat disarankan untuk mengikuti program PT&K dalam negara seperti berikut:

1) Program pendidikan tinggi yang mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, atau

2) Program kemahiran berpandukan NOSS dengan Persijilan Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Bagi program luar negara, calon yang berminat disarankan untuk mengikuti program yang mendapat pengiktirafan daripada negara asal.

Bagaimanakah saya mendaftarkan peranti perubatan yang digunakan untuk rawatan?

Pendaftaran peranti perubatan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk maklumat lanjut berkenaan prosedur pendaftaran peranti perubatan, sila layari laman web MDA di https://portal.mda.gov.my atau boleh e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau sila hubungi nombor telefon 03 - 8230 0300.

Bagaimanakah saya mendaftarkan premis PT&K saya?

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) hanya mengawal selia amalan dan pengamal PT&K sahaja. Manakala bagi premis PT&K adalah di luar bidang kuasa BPTK. Buat masa ini, premis PT&K adalah di bawah pengawalseliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti permohonan atau pembaharuan lesen premis perniagaan. Oleh itu, orang awam dinasihatkan untuk merujuk kepada PBT yang berkenaan bagi kawasan premis PT&K masing-masing bagi urusan prosedur pembukaan premis PT&K.

SOALAN LAZIM BERKAITAN BADAN PENGAMAL DITETAPKAN
SOALAN LAZIM BERKENAAN PENGUATKUASAAN FASA 3, AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 [AKTA 775]
Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  KEMASKINI TERAKHIR : 28 November 2025