PEMBANGUNAN LATIHAN KEMAHIRAN PT&K DI MALAYSIA
Laluan latihan kemahiran PT&K melibatkan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). SKPK merupakan dokumen yang menggariskan keterampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dianugerahkan oleh JPK boleh diperolehi berdasarkan SKPK yang sedia ada melalui 3 kaedah iaitu :
- Melalui latihan di pusat bertauliah
Pusat bertauliah merujuk kepada penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan SKPK. Pusat bertauliah yang diiktiraf oleh JPK boleh diperolehi di laman web JPK di (https://www.myspike.my/index.php?r=umum-pb%2Findex-umum-program) - Melalui latihan berorientasikan industri
Melalui latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran. - Melalui pentauliahan pencapaian terdahulu (PPT)
Seseorang calon layak mendapat SKM berdasarkan pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Namun, calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh pegawai yang dilantik JPK.
Sehingga kini, 10 SKPK telah dibangunkan untuk bidang PT&K yang diiktiraf seperti berikut:
Ketersediaan SKPK di dalam satu bidang amalan yang diiktiraf tidak menjamin kelayakan SKPK tersebut diiktiraf bagi tujuan pendaftaran pengamal dengan Majlis PT&K.