CAWANGAN MAJLIS PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
Pengenalan Cawangan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari
Selaras dengan penubuhan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) pada 16 Januari 2017, Cawangan Majlis PT&K (CMPTK) yang diketuai oleh Setiausaha Majlis PT&K telah ditubuhkan bagi membantu Majlis PT&K menjalankan fungsinya.
Terdapat 3 unit di dalam CMPTK iaitu;
- Unit Pendaftaran
- Unit Standard dan Akreditasi
- Unit Disiplinari dan Etikai
Fungsi setiap unit Cawangan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari adalah seperti berikut:
1. Unit Pendaftaran dan Perakuan
- Merancang dan menentukan keperluan pendaftaran pengamal PT&K.
- Memproses permohonan pendaftaran pengamal PT&K warga tempatan dan asing
- Memproses dan mengeluarkan perakuan pengamal berdaftar, perakuan pengamalan pengamal berdaftar tahunan dan perakuan pengamalan sementara kepada pengamal berdaftar
- Membuat penyaringan kelayakan pengamal dan pembantu pengamal PT&K warga asing untuk tujuan permohonan pas penggajian jawatan PT&K dalam bidang amalan diiktiraf dari Jabatan Imigresen Malaysia.
- Mengendalikan maklumbalas berkenaan penguatkuasaan Akta PT&K.
- Mengendalikan sistem e-pengamal bagi tujuan pendaftaran pengamal PT&K
- Mengendalikan dan menyelenggara daftar pengamal PT&K bagi pihak Majlis PT&K.
2. Unit Standard dan Akreditasi
- Merancang dan mengendalikan pembangunan dan semakan semula standard program pendidikan dalam bidang PT&K.
- Mengendalikan penilaian akreditasi program pendidikan dalam bidang PT&K.
- Memantau dan mengemaskini senarai kelayakan dan institusi yang diiktiraf (dalam dan luar negara) untuk tujuan pendaftaran pengamal di bawah Akta PT&K 2016.
- Merancang dan mengendalikan pembangunan modul dan pelaksanaan latihan bagi pengamal PT&K berdasarkan keperluan penguatkuasaan Akta PT&K 2016.
3. Unit Disiplinari dan Etika
- Mengendalikan perkara yang berkaitan dengan tindakan tatatertib pengamal berdaftar.
- Merancang perkara yang berkaitan dengan profesionalisme pengamal PT&K berdaftar termasuk penalti berdasarkan Kod Tingkah Laku Profesional untuk Pengamal PT&K.
- Membangunkan dan mengendalikan hal ehwal Peraturan dan Pewartaan di bawah Akta 775.
- Mengendalikan Mesyuarat Majlis PT&K.