Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

 

PEMBERITAHUAN SENARAI GELARAN DAN SINGKATAN YANG DILARANG

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemberitahuan Senarai Gelaran dan Singkatan Yang Dilarang telah diwartakan pada 14 April 2022 dengan penetapan tarikh mula kuat kuasa Pemberitahuan ini pada 15 April 2022.

 

Penyiaran Pemberitahuan ini dalam Warta Kerajaan Persekutuan adalah selaras dengan subseksyen 29(3) Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775] yang menyatakan “Majlis hendaklah menentukan suatu senarai gelaran dan singkatan yang dilarang melalui pemberitahuan dalam Warta”. 

 

Menurut subseksyen 29(4) dan (5) Akta 775, pengamal berdaftar tidak boleh menggunakan apa-apa gelaran atau singkatan yang dilarang oleh Majlis PT&K seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pemberitahuan ini. Jika seseorang pengamal berdaftar didapati menggunakan apa-apa gelaran atau singkatan yang dilarang seperti dalam Jadual Pemberitahuan ini, Majlis PT&K boleh meletakkan pengamal itu dalam suatu daftar senarai pemerhatian.

 

Menurut subseksyen 29(6) Akta 775, Jika dalam masa dua puluh empat bulan seseorang pengamal diletakkan dalam daftar senarai pemerhatian, pegamal itu menggunakan suatu gelaran atau singkatan yang dilarang, Majlis hendaklah membatalkan pendaftaran pengamal itu.

 

Pemberitahuan ini boleh dimuat turun di laman web rasmi BPTK dan boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan oleh semua pengamal PT&K. Semua pengamal PT&K berdaftar adalah disarankan agar mematuhi Pemberitahuan ini.

 

Senarai Gelaran dan Singkatan yang Dilarang Digunakan oleh Pengamal PT&K Berdaftar

 

Gelaran yang Dilarang

Singkatan yang Dilarang

Doktor

Pengamal Perubatan

Pegawai Perubatan

Perunding Perubatan

Pakar perubatan

Pakar Perunding

Dr atau Dr.

 

Muat Turun

PEMBERITAHUAN SENARAI GELARAN DAN SINGKATAN YANG DILARANG