Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan

 

Pengenalan Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan

Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan merupakan salah satu daripada 6 cawangan dalam Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Cawangan ini telah ditubuhkan pada 1 Jun 2007 dan terdiri daripada tiga unit untuk menjalankan fungsinya iaitu Unit Operasi dan Risikan, Unit Survelan dan Siasatan dan Unit Perundangan dan Pendakwaan.

 

 Fungsi setiap unit Cawangan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari adalah seperti berikut:

1. Unit Operasi dan Risikan

  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti Taklimat Akta PT&K 2016 serta Kewajipan Pengamal Berdaftar bagi pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K).
  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti lawatan pendidikan ke atas pengamal PT&K untuk mewujudkan kesedaran terhadap keperluan Akta PT&K 2016.
  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti lawatan pemerhatian ke atas premis PT&K dan lawatan premis PT&K bagi penilaian amalan PT&K di Malaysia.
  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti sesi libat urus bersama pihak berkuasa tempatan oleh CPTK.
  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.

 

2. Unit Survelan dan Siasatan

  • Merancang dan menyelaraskan pengurusan aduan berkaitan dengan amalan/ pengamal PT&K serta aduan berkaitan pengiklanan yang diterima mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti siasatan iklan di bawah seksyen 4A Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
  • Merancang dan menyelaraskan pengendalian taklimat/ ceramah/ pameran berkaitan PT&K dan pengemaskinian bahan/ rujukan bagi aktiviti pendidikan pengguna.

 

3. Unit Perundangan dan Pendakwaan

  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti permohonan kuasa menyiasat, kuasa mendakwa dan kuasa memeriksa kad pengenalan bagi pegawai-pegawai penguatkuasaan yang berkenaan.
  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti berkaitan pendakwaan kes di mahkamah bagi kes di bawah seksyen 4A Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti saringan iklan semasa lawatan pendidikan, dalam media sosial dan langganan majalah/ surat khabar yang dipilih.
  • Merancang dan menyelaraskan penganjuran kursus atau latihan berkaitan aktiviti penguatkuasaan untuk anggota BPTK dan CPTK.
  • Merancang dan menyelaraskan penganjuran taklimat berkenaan perkhidmatan PT&K di hospital KKM.
  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti penyediaan garis panduan dan SOP berkaitan penguatkuasaan.
Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  KEMASKINI TERAKHIR : 12 FEBRUARI 2025