Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

CAWANGAN PEMBANGUNAN PROFESION

 

Pengenalan Cawangan Pembangunan Profesion

Cawangan Pembangunan Profesion adalah salah satu daripada 6 cawangan di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketua Cawangan Pembangunan Profesion mengawalselia 3 unit di bawah cawangan ini iaitu Unit CPD,  Unit Kualiti dan Unit Teknologi Maklumat.

 

Fungsi setiap unit Cawangan Pembangunan Profesion adalah seperti berikut:

1. Unit CPD

  1. Merancang dan mengenal pasti aktiviti-aktiviti berkaitan dengan latihan dalam perkhidmatan
  2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti kursus/bengkel/ceramah dan prestasi peruntukan LDP di peringkat bahagian
  3. Menyelaras urusan tawaran latihan dalam perkhidmatan di dalam dan luar negara.
  4. Menyelaras aktiviti ceramah anjuran agensi luar.
  5. Memantau dan menyelaras aktiviti berkaitan myCPD dan melakanakan verifikasi di peringkat BPTK
  6. Merancang dan menyelaras penyediaan Laporan Tahunan peringkat Bahagian dan KKM

 

2. Unit Kualiti

  1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
  2. Merancang dan menyelaras pengemaskinian dokumen-dokumen kualiti
  3. Memantau pelaksanaan dan pencapaian prestasi KPI peringkat BPTK.
  4. Merancang perolehan perkhidmatan PT&K di Unit PT&K hospital
  5. Merancang dan memantau prestasi peruntukan bagi aktiviti PT&K

 

3. Unit Teknologi Maklumat

  1. Mengurus dan memantau penyelenggaraan berkaitan aset ICT dan sistem.
  2. Menyelaras pengemaskinian data dan maklumat berkaitan melalui laman web dan sistem maklumat