UNIT PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
Pada 11 Januari 2006, Jemaah Menteri Malaysia telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mewujudkan unit PT&K di hospital KKM yang bertujuan untuk mengintegrasikan amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) terpilih dengan sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Bagi merealisasikan pengintegrasian ini, tiga buah hospital KKM telah dipilih sebagai projek perintis. Sehingga Ogos 2024, terdapat 15 buah hospital KKM yang menawarkan perkhidmatan PT&K di Malaysia. (Jadual 1)
Antara perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di hospital-hospital KKM adalah:
- Urutan Tradisional
- Akupunktur
- Terapi Herba sebagai Rawatan Tambahan Pesakit Kanser
- Shirodhara
- Terapi Basti Luaran
- Terapi Varmam
Perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di hospital-hospital KKM adalah terhad untuk indikasi-indikasi tertentu sahaja. (Jadual 2)
Untuk makluman, Perkhidmatan Penjagaan Tradisional Postnatal (PTP) pernah ditawarkan di hospital-hospital KKM. Namun, pihak KKM telah mentransformasikan perkhidmatan Penjagaan Tradisional Postnatal (PTP) di hospital KKM ke peringkat penjagaan kesihatan primer bermula tahun 2018. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pelaksanaan perkhidmatan PTP, sila hubungi Bahagian Perubatan Traditional dan Komplementari (BPTK) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang berkaitan.
Jadual 1
Bil |
Hospital |
Perkhidmatan PT&K yang ditawarkan |
1 |
Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah |
· Urutan Tradisional · Akupunktur |
2 |
Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang |
· Urutan Tradisional · Akupunktur · Terapi Herba sebagai Rawatan Tambahan Pesakit Kanser |
3 |
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan |
· Urutan Tradisional · Akupunktur |
4 |
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu |
· Urutan Tradisional · Akupunktur |
5 |
Hospital Sungai Buloh, Selangor |
· Terapi Varmam |
6 |
Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur |
· Urutan Tradisional · Akupunktur · Shirodhara · Terapi Basti Luaran |
7 |
Hospital Putrajaya, Putrajaya |
· Urutan Tradisional · Akupunktur |
8 |
Institut Kanser Negara, Putrajaya |
· Akupunktur · Terapi Herba sebagai Rawatan Tambahan Pesakit Kanser |
9 |
Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan |
· Urutan Tradisional · Akupunktur · Shirodhara · Terapi Basti Luaran |
10 |
Hospital Jasin, Melaka |
· Urutan Tradisional · Akupunktur |
11 |
Hospital Sultan Ismail, Johor |
· Urutan Tradisional · Akupunktur · Terapi Herba sebagai Rawatan Tambahan Pesakit Kanser |
12 |
Hospital Umum Sarawak, Sarawak |
· Urutan Tradisional · Akupunktur |
13 |
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Sabah |
· Urutan Tradisional · Akupunktur · Terapi Herba sebagai Rawatan Tambahan Pesakit Kanser |
14 |
Hospital Duchess of Kent, Sabah |
· Urutan Tradisional · Akupunktur |
15 |
Hospital Selayang |
· Urutan Tradisional · Akupunktur |
Jadual 2
Bil |
Perkhidmatan PT&K |
Indikasi |
1 |
Urutan Tradisional (Perubatan Tradisional Melayu) |
a) Kesakitan kronik b) Pasca strok (angin ahmar) |
2 |
Akupunktur (Perubatan Tradisional Cina) |
a) Kesakitan kronik b) Pasca strok (angin ahmar) c) Loya dan muntah akibat rawatan kemoterapi |
3 |
Terapi Herba sebagai Rawatan Tambahan Pesakit Kanser (Perubatan Tradisional Cina) |
Rawatan tambahan untuk pesakit kanser yang mengalami kesan dan komplikasi penyakit kanser dan kesan sampingan daripada rawatan kanser |
4 |
Shirodhara (Perubatan Tradisional India) |
a) Masalah sukar tidur (Insomnia) b) Tekanan c) Keresahan d) Kemurungan yang ringan e) Sakit kepala |
5 |
Terapi Basti Luaran (Perubatan Tradsional India) |
Kati Basti (bahagian tulang belakang lumbar) a) Lumbago b) Lumbar Spondylosis c) Inter-vertebral disc prolapsed d) Sciatica
Greeva Basti (bahagian tulang belakang serviks) a) Sakit leher b) Cervical spondylosis
Janu Basti (sendi lutut) a) Ketegangan dan sakit lutut b) Osteoarthritis of knee joint |
6 |
Terapi Varmam (Perubatan Tradsional India) |
a) Cervical Spondylosis b) Lumbar Spondylosis c) Osteoarthritis of Knee d) Adhesive Capsulitis (Frozen Shoulder) |